Wednesday, 12 October 2011

Wordless Wednesday #9 | Sayang Mak Sangat..

Assalammualaikum





Sumber Gambar : Fb

Tuesday, 11 October 2011

Alhamdulillah..syukur atas nikmatMu...

Assalammualaikum


Syukur alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayangNya..semoga kita semua dalam lindunganNya...dah berapa hari tak menjenguk blog atas kesibukkan dan kurang sihat...terima kasih pada yang singgah, nanti aku singgah balik yek...


Dan terima kasih pada semua rakan blogger yang singgah ucap tahniah dan doakan yang terbaik untuk aku..alhamdulillah dah pi check doc, dan doc dah sah kat yang aku pregnant setelah setahun lebih menunggu..hampir 2 tahun jugak lah....dan ini berita yang teramat gembira dan amatlah di nanti2kan..hehe..ape skema beno ayat aku nih...


Kawan-kawan terdekat yang masih belum hamil mintak petua dengan aku..jadi meh aku mahu kongsi ape yang aku amalkan...


Aku amalkan minum susu ducthlady full cream....tiap-tiap hari minum..mesti konsisten...2 bulan aku amalkan..alhamdulillah mungkin susu just jadi sebab jer..mungkin memang dah sampai rezeki aku...


Aku dapatkan petua ni dari laman web ustaz nih...LAMAN EMJAY boleh baca ye kawan-kawan..sebelum ni aku bagi petua ni pada 2 orang kawan aku dan alhamdulillah mereka juga berjaya..aku bagi jer petua kat orang tapi aku sendiri tak amalkan..tapi bila kawan aku tanya aku, weh ko tak amalkan ke..?ko bagi petua kat kitorang tapi ko tak amalkan?pls lah wei minumlah..kitorang dah berjaya dah nih...


ihsan google


Lepas dari tuh, aku terus insaf dan aku terus amalkan di samping doa tak putus-putus pada Allah swt mintak dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...yang penting SABAR + DOA....itulah kunci utama orang-orang mukmin...dan jangan pernah putus asa...usaha dan terus berusaha pasti berjaya..Dia tau yang terbaik untuk hamba-hambaNya...


Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya...


Sekian 



Thursday, 6 October 2011

Terkedu..

Assalammualaikum



Subhanallah...seandainya benar aku mengucap syukur di atas rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah...taktau nak tulis ape kat sini..sangat terkejut..kepada semua rakan blogger tolong doakan terbaik untuk aku..


Sekian..



Wednesday, 5 October 2011

8 'P' Kekal Kasih Sayang

Assalammualaikum


Tengah aku kemas-kemas barang kat stor tadi aku terjumpa buku nota masa aku belajar dulu..macam-macam aku tulis dalam buku ni..haha..masa tu aku minat sangat dengan ustazah siti nor bahyah sampaikan semua ceramah dia aku suka buat note tulis dalam buku..


Jadi aku nak lah share dengan korang ape yang aku tulis dalam buku nota aku nih...mane tau bermanfaat dan berguna..hehe


Tajuknya Sayang Abang..siap ada pantun lagi...


Mula-mula kahwin darling sana darling sini,
Dah lama kahwin baling sana baling sini,
Sebelum kahwin engkaulah cinderella,
Dah kahwin engkaulah godzila.


Sangat mendalam makna pantunnya ye..hehe..harap-harap janganlah macam tuh ye..biarlah lepas kahwin lebih lagi kasih sayang tuh.. :) Jom tengok apa yang 8 'P' tu..


1. Puji isteri / Puji suami - manusia kan suka di puji
2. Pujuk isteri / Pujuk suami - jangan biar pasangan merajuk lama-lama.nanti bernanah.
3. Penghargaan - saling menghargai antara satu sama lain.contoh : rajin-rajinlah bagi hadiah
4. Peluk - boleh mengalirkan ion positif pada yang tengah negatif.. :)
5. Perhatian - ambil berat dan kesusahan suami/isteri
6. Percutian - tenangkan fikiran setelah sekian lama duk asyik tengok benda yang sama jer..
7. Permohonan - rajin buat solat hajat supaya perkahwinan diberkati
8. Pantun - Usik mengusik dan bergurau senda menambah kan lagi kegembiraan dalam rumah tangga


Okey boleh salin sekarang :)

ihsan google
Sekian...



Novel & Movie Hindustan

Assalammualikum..


Novel dan Movie Hindustan..satu benda yang berbeza..tapi satu tema yang sama..satu motif yang sama iaitu cinta..membolehkan pembaca dan penonton seakan-akan berada dalam cerita dan berjaya membuat pembaca dan penontonnya tersenyum,menangis dan berbagai rasa lagi.


Dan aku salah seorang penggemar pada dua benda tersebut..haha..makaihh awatnya skema sangat ayat aku nih...dari dulu lagi orang cakap siapa yang suka tengok cerita hindustan dan suka baca novel ni seorang yang berhati jiwang karat..haha..betul atau tak aku tak pasti..tepuk dada tanya diri sendiri..hehe


Tapi yang aku sangat geram bila baca novel kenapa watak lelaki dan perempuan nya mesti lah yang teramat cantik dan terlalu kacak di gambarkan..caring, kaya dan sangat sangat sempurna..novel kebanyakkan penuh dengan khayalan dan bukan realiti sebenar sebuah kehidupan..dan setiap perempuan mengimpikan seorang lelaki yang cukup sempurna dalam alam realiti sebab dah terpengaruh dengan khayalan dari novel...manusia takde yang sempurna beb!


Tapi aku salute lah pada penulis novel, walau hanya dengan tulisan, penulis telah berjaya bermain dengan perasaan pembaca membuatkan pembaca boleh macam terlibat pulak dalam tulisan dorang tu..


ihsan google
Lain pulak halnya dengan movie hindustan...memang penuh aksi dan kadang-kadang macam tak logik pulak...boleh pulak hero tu macam dah mati, lepas tuh boleh pulak hidup balik di sebabkan kuatnya cinta mereka..hahaha..*tapi tu jugak lah yang aku suka tengok...haha..time adegan pukul memukul pulak lagi best..dah kena pukul punya teruk tapi macam takde kesan..boleh bangun balik macam takde pape berlaku..haha best..yang aku sangat tertarik, tarian dorang..hebatlah dorang boleh menari ramai-ramai step nya same jer..tak dinafikan lah movie-movie hindustan ni boleh buat orang menangis-nangis menontonnya..


ihsan google
Kesimpulannya novel dan movie hindustan memang banyak bagi kesan pada orang yang membaca dan menontonnya..jadi ambil lah mana yang boleh di jadikan pengajaran..


Sekian...


note : baru habis baca satu novel tajuk "usah menangis sayang"...ape pun boleh :)



Monday, 3 October 2011

Petua Kulit Cantik

Assalammualaikum...


Selamat pagi semua..pagi isnin yang sungguh malas..haha..tak pernah nye tak malas melainkan isnin tu cuti..haaa sudah tentu rajin..he


Jadi dengan kesejukan pagi ni jom aku nak kongsi petua kulit cantik..dari mana aku dapat?dari seorang kawan yang berbangsa cina pada suatu ketika dulu masa aku belajar..taktau mana dia sekarang..sudah lost contact..


Satu hari beliau menegur aku...


Kawan aku : anis haaa..kenapa u bawak botol air kecil saje..itu pun i tengok u punya air tak habis..
Aku : minum banyak kang asyik nak g toilet jer...malas la aku..
Kawan aku : tak boleh lah itu macam..macam mane kulit mau cantik..u kena minum banyak air macam i..baru toksid dalam badan semua keluar..
Aku : macam tu ke..?
Kawan aku : yelah baru kulit kita gebu dan lembut..tak kering dan kusam...


Oh itu lah tujuan dia bawak botol air 2 liter tiap hari pergi kelas..sekejap-sekejap dia minum..jap lagi break dia pi toilet..haha..tak lalu aku minum banyak macam tuh..


Tapi aku ade idea untuk korang boleh minum air yang begitu banyak macam tuh..faktor utamanya botol air itu sendiri perlu lebih menarik.. 


Kalau botol air macam nih, confirm tak lalu minum walaupun 500ml jer..hehehe


ihsan google
Ha tengok yang nih..mesti korang sangat suka nak minum.. :)


comel kan...suka tak.. :) -ihsan google
ha ni kalau bagi anak buah aku ni mesti selang dua minit dia minum air..haha :) -ihsan google
ha yang ni mudah sikit nak minum kan.. -ihsan google :)


Dan yang selebihnya dengan kesungguhan hati kita untuk minum air yang banyak setiap hari..Oleh itu jom minum banyak air kosong untuk kulit cantik dan berseri..


Sekian Untuk Kempen Cantik Untuk Hari Ini.. :)



Sunday, 2 October 2011

Dream House...

Assalammualaikum..


Alhamdulillah sekarang dah boleh berblog kat rumah jer..dah selesai dah masalah internet aku..boleh lah aku terjah blog korang sepanjang masa..haha..Jadi ape aktiviti korang hari minggu macam ni?


Ape kata layan wayang..semalam aku keluar dengan kakak dengan adik ipar aku pi layan movie DREAM HOUSE..cerita yang penuh misteri dan penuh tanda tanya..tengok poster macam movie seram..tapi sebenarnya mengenai pembunuhan yang penuh tragis..sedih sangat pada aku..pelakon kanak-kanaknya sangat  comel..suke tengok...

ihsan google
:)

Sehari suntuk berjalan..pergi makan...shopping sane sini dan balik..itulah aktiviti orang perempuan yekk..tapi lelaki pun same kot..hehe..jom layan gambar.. :)


kakak dan adik ipar aku.. :)
steamboat....Johnny's Restaurant
kerabu mangga....sangat..sangat..sangat sedap.....
nasi goreng hot spicy tapi tak spicy pun..hahah..sedap jugak :)
banana split....nyumnyum...sangat sedap.. :)


Kesimpulannya semua sedap..haha..
Selamat berhujung minggu.. :)


Sekian..


note : sambil berblog sambil lipat kain..haha..ini ler padah bila internet sudah baik..ape pun boleh.. :)

Friday, 30 September 2011

Bila Dah Takde Rezeki

Assalammualaikum..


Ini kisah isnin baru ni..teringin sangat nak makan benda alah ni..sila tengok ke bawah lagi..huhu

v
v
v
v
v
v
v
v

beef wrap - gambar ihsan kakak sepupu aku..

Aku ajaklah hubby pi dinner kat sini..nama tempat ni Las Vacas Meat Shop..argggghhh tension tak jumpa kedai ni..siap pakai gps yang dekat hp tapi still tak jumpa..call kakak sepupu dia cakap tak ingat..dia just ingat kedai ni kat kawasan perumahan..kesian..

Aku ade ambil alamat dan kami dah jumpa pun bangunan yang berdekatan dengan kedai ni..malangnya memang dah takde rezeki..hubby cakap area ni tempat keje lama dia dulu jer..tapi maklumlah dah malam kan..so penglihatan nak cam jalan tu jadi kurang lah kan...last-last kami dinner kat hotel jer..hiii aku teringin sangat sebab kakak sepupu aku sangat beria-ria cakap benda ni sangat sedap sambil menitis kan air liur...

Lain kali aku cakap kat hubby berusaha lebih gigih lagi untuk pergi jugak makan kat sini..haha..sangat excited..

Pada rakan blogger yang duk area kelana jaya/petaling jaya meh aku kasi alamat..korang try lah pergi..nanti lukis map kasi kat aku yekk..

Las Vacas Meat Shops are located at
Near Wisma FAM
No.23, Jalan SS5A/11, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78747011



p/s : kami orang ipoh so takpe kan tak jumpe..hehehe..aaa alasan..ape pun boleh.. :)


Thursday, 29 September 2011

Untungnya...

Assalammuualaikum..


Selamat petang semua..setelah 5 hari menghilangkan diri akibat menghabiskan cuti tahun yang begitu banyak dan di tambah pula cuti menyambut besday aku isnin lalu..haha gile excited bagi tahu..mintak maaf tak dapat balas jejak korang semua yang singgah ke blog aku..jangan serik untuk singgah lagi :)


Oleh itu, begitulah pendahuluan entri yang begitu panjang lebar..tengok tajuk entri ape yang untung sangat tuh..haha..aku nak kongsi lah pasal untungnya bawak bekal..tak kire lah bawak pi sekolah ke..bawak pi koje ke..tapi kesimpulannya memang berbaloi lah pada aku..


Aku ingat lagi zaman sekolah dan zaman kerja sebelum aku kahwin mak selalu bagi bekal kat aku.aku yang kononnya malu dan rasa tak rock lah bawak bekal berusaha cakap kat mak tak payah susah..tapi mak aku tetap dengan pendiriannya..yela kawan-kawan aku mana duk nak bawak bekal-bekal segala nih.semua makan kat kantin jer..kiranya tak cool lah bawak bekal an..tapi sebab kesian kat mak, aku bawak jugak lah..yelah mak dah siap kan..aku tinggal bawak jer..


Mak aku dah terbiasa buat bekal puncanya ayah aku lah..sejak diorang kahwin ayah aku mintak mak buat kan bekal untuk makan tengah hari..alasan ayah aku cuma satu - taknak kena darah tinggi..makan kat luar banyak ajinomoto..ayah aku memang jaga badan..tak gemuk..sampai sekarang tiap2 petang balik koje dia main bola..main bola dengan budak belasan tahun pulak tu..hehe..umur dia dah 50 tau..


Ish panjang berjela betul entri aku ni kan..kemaruk betul menaip..
jom tengok antara keuntungan yang di perolehi bila membawa bekal.. :)
  • elak penyakit darah tinggi------>makan kat luar banyak ajinomoto
  • dapat jimat duit.. -------> itu penting..haha
  • elak keracunan makanan..
  • di jamin bersih dan halal..
  • boleh ber 'potluck' dengan kengkawan opis..
  • makanan yang di masak sendiri lebih berkhasiat..
  • rasa makanan itu sendiri lebih sedap..
  • citarasa sendiri lebih menyelerakan
  • hilang kebosanan makanan kat luar yang menu nya sama jer setiap hari..
  • pandai berjimat suami lebih sayang.. *haha..slogan ape aku pakai nih

Begitulah antara keuntungannya..dan bila aku dah kahwin dapat pulak suami yang memang bawak bekal lagi dari sebelum kahwin..mak mertua pulak yang rajin bekal kan pada suami..alamatnya memang aku terpaksalah menyambung kembali tradisi membawak bekal..haha..

sekian, terima kasih...


mari menabung :) - ihsan google

p/s : jangan pernah bosan singgah ke sini ye..haha..ape pun boleh... :)










Friday, 23 September 2011

Hadiah Aku

Assalammualaikum


Selamat petang..tetiba teringat tak lama lagi anniversary mak abah aku yang ke 26 tahun..secara siaran lansung aku teringat masa kecik-kecik bagi hadiah dekat mak dengan abah..ish memang klakar hadiahnya..jom tengok hadiah yang kitaorang duk bangga sangat bagi kat mak abah tuh..


Aku kongsi duit dengan adik aku yang 3 orang tuh untuk beli hadiah..balance duit belanja sekolah lah kitorang simpan..jom tengok hadiah entah ape entah yang kitaorang beli..

music box - ihsan google
Music Box
Haaahhaha..siap lagu filem titanic lagi.. 
tajuk lagu nya My Heart Will Go On
Konon mak dengan abah dapat ni feeling romantic lah..padahal sebab kitorang yang suka benda alah tu.lepas tu kitorang yang duk main music box tu sampai habis baterinye..kuikuikui..


Frame Gambar
Ini salah satu hadiah yang femes kitorang bagi..kalau bagi hadiah ni kira budget kuranglah tuh..last-last frame-frame berkenaan penuh gambar kitorang jer..haih..mesti mak abah tension jer kan..haha

frame gambar - ihsan google


Coklat Cadbury
haa beli hadiah ni memang ada niat tersendiri..sebab kalau bagi coklat mesti mak dengan abah bagi kitorang makan..sebab mak abah kurang sikit makan coklat..last-last kitorang jugak yang untung kan..haih 




ihsan google




Erm macam tuh la zaman bebudak aku..memang kitorang adik beradik ni memang ingat tarikh-tarikh penting dalam family.besday mak,abah,anniversary mak abah dan besday kitorang sendiri..haha


Yang paling best bila mak abah terima hadiah tu dorang senyum dan berterima kasih sangat sebab kitorang ingat.walaupun hadiah-hadiah tersebut akan menjadi mangsa anak-anaknya semula.kuang-kuang..


Dan bila besday kitorang pulak,wajib mak dengan abah bagi hadiah.jadi bila dah dekat nak besday tuh dah siap cakap dah nak hadiah ape..hish tak malu betul kan..


ade pengalaman macam tuh jugak?
jom kongsi dengan aku..nak tahu jugak kisah korang :)


sekian..




Thursday, 22 September 2011

Hai Tak Padan TUA

Assalammualaikum...


Entri sedikit geram...


Ini Kisah Benar Lagi..
Seorang teman yang telah digoda oleh si tua yang ada kaitan sedara mara gak lah..tapi sedara jauh..
Hanya satu sms, terbongkar semua perangai sebenar si tua..haih..


Kawan aku : abang min boleh mintak tolong hantarkan borang tak *panggil abg sebab status pangkat macam abang 2,3 pupu lah..tapi umur dah 50 lebih..


Si Tua  : Eh ape pulak tak boleh..padang bola abang tadah kan... *dah hilang min di situ yekk..tinggal abang jer..eeeewwwww..geli aku..


Kawan aku : *dah naik pelik..okey terima kasih 


Si Tua : Ika dah makan?


Kawan aku : ******** Tak balas dah msg orang tua gatai tuh..


Si Tua : Ika dah takde kredit ke?kalau takde biarlah abang topup kan..boleh lah kite sembang-sembang lagi..


Dan selepas itu berderet-deret lagi msg masuk ayat berbunga-bunga..tak berhenti-henti si tua gatai hantar sms lagi..ayarkkkk...pening kepala..kesian kawan aku..dia macam tak percaya si tua tu boleh buat macam tuh..depan semua orang baik gila..kira macam orang yang boleh di percayailah..sekali dia buat hal daa...nak pulak dapat tau kawan aku tu baru putus dengan bf dia..


Si Tua ni dah ade isteri, anak dah 2 orang dah besar panjang dah..anak-anak pun dah boleh kahwin kot..tapi nape buat perangai tak elok?isteri awak bukannya buruk..lawa lagi..muda belia lagi..tapi sibuk duk tengok anak dara orang..haihhh..


Sepatutnya yang tua tunjuk teladan yang baik pada yang muda..ini tak, buat masalah lagi ade..haih dunia-dunia..makin tak faham..




-gambar ihsan google


sekian..



Wednesday, 21 September 2011

Terkesan

Assalammualaikum


Ini Kisah Benar..
Seorang abang menegur adiknya kerana tidak memakai tudung di laman rumah


Abang : adik kenapa tak pakai tudung
Adik Berumur 20 Tahun : ala kejap jer orang nak jemur kain nih..
Abang : okey kalau taknak pakai tudung jangan duduk kat tempat yang bukan milik Allah.
Adik Berumur 20 Tahun : tak faham???
Abang : adik pergilah duk tempat lain..jangan bernafas guna udara Allah..jangan rasa semua nikmat yang Allah bagi kat adik..pergi cari satu tempat yang bukan milik Allah..
Adik Berumur 20 Tahun : mana ade tempat yang bukan Allah punya..semua milik Allah..*kelihatan si adik terdiam..terus berlari masuk rumah dan ambil kain tudung..


Aku yang tertengok adegan tu pun terpegun dan terkesan...sungguh berhemah si abang menegur adiknya..Setuju tak sebenarnya untuk menegur seseorang ke jalan kebaikkan perlu lah dengan penuh kelembutan dan bukan dengan kekasaran


Setiap perkataan caci maki yang kita guna untuk menegur seseorang ke jalan kebaikkan, ibarat mencurah air ke daun keladi..takkan terkesan pun..Sebab jika nak seseorang tu berubah 100% dengan hati, tegurlah sehingga terkesan hatinya..


Sekian...


WordlessWednesday : Senyum Seindah Suria :) - gambar ihsan google




p/s : untuk peringatan diri sendiri juga :)



Monday, 19 September 2011

Tackle Hati Isteri

Assalammualaikum


Selamat pagi semua..wah tengok tajuk tuh..yang lelaki boleh lah ambil ape yang aku kongsi untuk masa depan..haha..


Senang jer nak tackle hati isteri ni..orang perempuan ni senang jer..orang lelaki suka cakap perempuan ni complicated..susah nak faham..tapi sebenarnya mereka semua silap kerana berprasangka perempuan ni susah nak handle..


Sebenarnya kunci utama nak tackle hati isteri ialah tackle dengan perasaan atau kejiwaan..sebab perempuan ni sangatlah sensitif, perempuan ni kekuatannya pada perasaan..perasaan perempuan ni memang sangat mudah tersentuh dan jiwa yang amat lembut.lagi lembut dari span kot..hehe


Sebab bila sesuatu menyentuh jiwanya, dicuri hatinya, terkesan hatinya insyaALLAH dia akan menyayangi korang hingga akhir hayat..tak kisahlah macam mane rupa suaminya..perut boroi ke, rambut kerinting, bibir tebal ke, kulit warna hitam metalic ke *hitam tu menawan tau..jangan pertikaikan.. dia takkan malu pegang tangan suaminya bila pergi shopping complex..bukan takat pegang jer..peluk erat-erat lagi lengan suami dia..sebab perempuan tu kekuatannya pada perasaan..


Walau korang kacak macam mana pun tapi kalau akhlak buruk, perangai sombong, panas baran, bengis, garang, ermm usah harap isteri boleh sabar..


"Seorang isteri boleh sabar jika korang tak sesegak macam mana sekalipun, tapi seorang isteri takkan sabar kalau korang layan guna kekerasan"


Jadi kesimpulannya layanlah isteri korang dengan penuh perasaan, kerana kekuatan perempuan tu pada perasaan..korang mintak ape pun dapat..kalau guna kekuatan, alamatnya lingkup lah..haha




Gambar ihsan goolge


sekian..


note : tulis entri ni sambil menahan perut yang kenyang + senak..coz kat sekolah aku harini buat jamuan raya..huarggggghhh..mengantuk pulak tuh..ape pun tak boleh..



Thursday, 15 September 2011

Buruk Sangka Punya Pasal

Assalammualaikum


Sebut pasal buruk sangka, sape-sape pun pernah terburuk sangka..betui tak?macam-macam cara boleh kita terburuk sangka..Tapi buruk sangka ni kesan nye amatlah tak baik sekali untuk kesihatan..


Kenapa aku cakap tak baik?Sebab pasal buruk sangka jer macam-macam masalah boleh timbul. Sikap buruk sangka lah ipar duai, anak menantu, biras beras, sepupu sepapat boleh bergaduh dan tak bertegur sapa tahu..Jadi elakkan lah sifat suka buruk sangka ni..


Malah lagi teruk buruk sangka ni boleh menimbulkan fitnah yang boleh menyebabkab perpecahan, pergaduhan dan saling benci membenci..
*haih keluar dah ayat skema aku..


Buruk Sangka 1
"Tengok muka dah tahu budak ni sombong..


Ha tengok..belum kenal, belum tegur dah cakap orang sombong..Elok ke macam tuh?


Buruk Sangka 2
"Laa kat tempat makan sibuklah nak bawak laptop/tablet hp/ipad/iphone *haih macam-macam lagi lah..Nak menunjuk lah tuh..


Ha tengok...biaq pi kat dia lah..pasai pa yang hang duk sibuk sangat..betui dak?dengki lah tuh..


Buruk Sangka 3
"Ish budak ni kurang ajar betul buat muka masam pulak dengan aku.


Ha tengok..kalau dah kita kenal dia seorang yang ceria, tetiba dia masam mungkin dia ada masalah..tak payah buruk sangka sangat lah...cuba selami dan bertanya..takdelah asyik duk buruk sangka bukan-bukan..


Buruk Sangka 4
Wei tengok makcik tu bukan main bergaya lagi..nak tunjuk dia orang ada-ada lah tu..


Ha tengok..sekarang makcik tu pakai handbag LV pun kau nak buruk sangka yekk


Buruk Sangka 5
Eleh baru pakai BMW dah berlagak..


Ha tengok..orang tu tak kacau hang pun..yang hang sibuk sangat dia nak pakai ape pasal ape...ish2..


Buruk Sangka 6
Eleh tengok tu bagi bos macam-macam, nak bodek bos lah tuh..


Ha tengok..memang tak boleh lansung ko tengok orang buat baik kan..


Dan macam-macam lagi lah jenis buruk sangka nih..ish aku tak tahan dah orang macam ni...puas dah aku pusing cakap hang bagi hang sedar sikit..tapi tak habis-habis lah duk buruk sangka jer dengan orang..tolong lah fikir positif sikit..taknak kawan ngan kau baru tahu..haha..





يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ


"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

gambar ihsan google






Sekian...

p/s : ini bukan entri emosi..ape pun tak boleh :)
note : peringatan untuk diri sendiri jugak..

Wednesday, 14 September 2011

Tak Semua Kot

Assalammualaikum

Baca situasi di bawah..


Boy : marry me..?
Girl : Do you have a house..?
Boy : No..
Girl : Do you have a BMW car..?
Boy : No..
Girl : How much is you salary..?
Boy : No salary.. but..
Girl : No but.. You have nothing.. How can i marry you..?? Leave please !!!
Boy : (Talk to himself) I have 1 villa, 3 property lands, 3 Ferrari, 2 Porsche.. Why i still need to buy BMW?! How can i get the salary when actually i'm the BOSS..


Semua perempuan macam ni ker..?tak semua penting kan harta jer..pada pendapat aku lelaki tersebut ada kerjaya, boleh bagi anak isteri makan, pakai kira okeylah..


Tak semestinya perlu ada rumah macam istana, kereta berbelas biji dan gaji berpuluh ribu..itu semua belum menjanjikan kebahagiaan hidup berumahtangga..


Duit banyak pun buat ape kalau takde kasih sayang,takde keharmonian, suami kaki perempuan, tak bertanggungjawab dan makan hati jer dengan suami..


Jadi terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya..jangan merungut itu ini..setiap orang ade kekurangan..berapa banyak pun harta seseorang lelaki tu tetap ade kekurangan..manusia biasa kan..


Renung-renungkan dan selamat beramal..ape pun boleh.. :)


sekian




wordless wednesday..kuang-kuang.. - gambar di pinjam dari google




note : berbuka nanti nak buat puding roti..nyum2 sedapnye.. <----- nafsu puasa ganti..haha

Monday, 12 September 2011

Kalau Tak Tahu Masak Tolak 50% Hehehe

Assalammualaikum


Aku terbaca post kat bawah ni dekat facebook..wah sangat menarik perhatian aku sebab duit hantaran tersebut telah di kategorikan mengikut kelulusan dan siap ade mark lagi kalau tak tahu masak tolak 50%..hehe...


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
...2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
***TETAPI YANG DIPLOMA KE ATAS KALAU TAK TAHU "MASAK" AUTOMATIC DI TOLAK 50% DARIPADA NILAI BIDAAN***


Tak di nafikan nilai hantaran makin lama makin meningkat mengikut peredaran masa dan harga barang. tapi tu tak bermakna kita perlu menyusahkan pihak lelaki dengan hantaran begitu tinggi..kalau lelaki tu baru saja bekerja mana nak cekau duit 30,40 ribu sekali gus..jalan singkat buat pinjaman..tak ke lepas kahwin tanggung hutang aje.


Islam mengajar kita bersederhana kan..*keluar dah ceramah aku pagi-pagi ni..hehe..memang lah kahwin tu sekali seumur hidup tapi tu tak bermakna kita boleh membazir duit melampau-lampau..tak semestinya kalau nak kan sesuatu majlis tu meriah perlu belanja yang besar..belanja kecil pun majlis boleh meriah ape..


Sebab musabab tak di galakkan pihak perempuan letak hantaran terlalu tinggi pada pihak lelaki..*pada pandangan aku lah*
  • Elakkan bakal suami kita berhutang
  • Selepas kahwin hidup susah sebab beban hutang
  • Supaya dapat dirikan masjid dengan cepat.kalau duk tunggu lelaki kumpul duit bila pulak nak kahwinnya.
  • Takut jadi anak dara tua sebab lelaki bosan dengan duit hantaran yang terlalu tinggi.
  • Supaya perkahwinan itu lebih berkat dan di redhai Allah kerana takde berlakunya pembaziran dan tidak sampai menyusahkan mana-mana pihak.
Kalau pihak lelaki tu memang mampu tu tak kisah lah kan..pada yang tak mampu macam mana pulak.kesianla kan..dia pun akan jadi suami kita nanti.

Tapi orang-orang dulu nak pinang perempuan buat isteri tengok perempuan tu pandai masak ke tak, budi pekerti, pandai hormat orang tua ke tak. ini kalau hantaran pun berpuluh ribu tapi tak pandai masak ape cerita..betapa pentingnya seseorang isteri tu pandai masak untuk suami..boleh tengok Entri ni..

gambar ihsan google

sekian..


note : makna cekau - cari

Thursday, 8 September 2011

Mata Berkedip-kedip Petanda Tak Baik?

Assalammualaikum


Kata orang mata berkedip-kedip luar biasa dari biasa, ade petanda tak baik..betul ke atau anggapan semata-mata..orang cakap mata kiri berkedip-kedip berhari-hari petanda kita akan dapat berita tak baik atau kita akan menangis..mata kanan berkedip-kedip tanda nak jumpa orang jauh.


Aku ada baca satu laman tanyalah ustaz..ade seorang pembaca tanya pada ustaz tersebut.


pembaca : ape kah petanda mata kiri saya berkedip-kedip sejak 3,4 hari ni ustaz?
jawapan ustaz : zat sayur tak cukup 


Tersenyum aku baca jawapan ustaz..mungkin memang benar atau ustaz nak sedapkan hati pembaca tadi.. :)
aku ade juga terbaca kalau mata kita selalu berkedip-kedip luar biasa tu tandanya paras kolestrol dalam badan tinggi dan selepas mengambil vitamin E, mata berkedip-kedip tu pun berhenti.


Akibat penat, stress, alergi terlalu lama mengadap komputer pun boleh menyebabkan mata berkedip-kedip secara luar biasa..


Aku ade pengalaman sendiri..mata aku berkedip-kedip, dalam 3,4 hari kemudian aku dapat berita kematian arwah pakngah aku..mungkin ianya satu kebetulan..masa arwah atuk aku meninggal takde pulak mata aku berkedip-kedip..


Kita tak bolehlah terlalu sangat percaya pada petanda macam ni..mungkin satu kebetulan jer..hubby aku juga pernah seminggu mata berkedip-kedip tapi alhamdulillah takde pape berita buruk..kawan aku pulak sangat lah risau dia mimpi patah gigi..mimpi patah gigi bermaksud kita mungkin kehilangan orang yang terdekat..tapi alhamdulillah sampai sekarang takde ape yang berlaku dalam family beliau..


Selain mata berkedip, mimpi patah gigi, ade pulak orang cakap kalau baring meniarap dan kaki bersilang mak kita akan mati. tapi itu sebenarnya nak mengajar kita supaya lebih bersopan..hehehe


Jadi janganlah terlalu risau sampai tak boleh nak buat ape-ape bila korang dapat petanda macam tu..kita wajib percaya pada ketentuan Allah..percaya pada qada dan qadar tuhan..


Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)


Sekian





gambar ihsan google



Wednesday, 7 September 2011

Wordless Wednesday #8 | Nyummy.. ;)

Assalammualaikum




Tuesday, 6 September 2011

Kurus Selepas Raya

Assalammualaikum


Entri lepas raya ni duk nak cite pasal kurus + berat badan aje..yelah berat pun macam bertambah aje..mana tak nye makan tak ingat dunia..hehe


Jadi aku nak kongsi ler petua kurus dari kawan aku sorang ni..beliau cerita lah kat aku yang baru-baru ni beliau jumpa kawan lama beliau yang dah jadi kurus, slim, ramping, bergaya, mutu, keunggulan..kuikuikui..jadi kawan aku ni pun excited ler tanya rahsia yang menjadikan kawannye tu kurus luar biasa..


Petuanya mudah saja..hanya guna epal hijau..epal hijau tu di blend di jadikan jus dan minum setiap malam..jangan duk letak gula pulak..silap ari bulan 3,4 tahun pun belum tentu kurus..hehe


Kawan kepada kawan aku tu dia tetap ambil makan pagi dan tengahari..cuma malam dia hanya minum jus epal..makan tengahari tu pun kalau boleh banyakkan makan lauk kurangkan nasi..banyak makan sayur yang berserat sebab makanan yang berserat tinggi dapat menyahkan lemak tepu lagi berkrim dari dalam badan..


Main badminton pun korang boleh kurus jugak..ini telah di kaji dan di praktikkan oleh sepupu aku sendiri..beliau telah berjaya buat iklan sebelum dan selepas..haha..sebab main badminton ni memang akan menyebabkan pengeluaran peluh yang banyak..tak caya try sendiri..main dalam sejam pun dah boleh rasa..korang praktikkan lah setiap hari..pasti anda berjaya..hehe..bila dah keluar peluh pasti ade berlaku nye pembakaran lemak di situ yekk..Selamat mencuba !!!!


Kalau korang ade tips lain lagi boleh lah kongsi dengan aku kat sini..


Sekian..


-gambar ihsan google


note : nak mulakan hari ini.. :)


p/s : aku pernah terbaca epal hijau tak sesuai di makan pada bebudak yang tengah belajar..tapi tak pasti kesahihannya..siapa yang tahu tolong info yekk..