Tuesday, 21 June 2011

Bagi Laju Lagi PC Korang..


Assalammualaikum

Nak tanya korang pernah buat defragment pada komputer/laptop korang..?pada yang taktau meh nak kongsi sikit ape benda nye defragment ni..*apa pun tak boleh..haha..tetibe jer...muka legend hati cute..ish2 lawak an..haha..

Okey bila windows korang menyimpan satu-satu file dalam komputer korang, kadang-kadang file tu diletak bersepah-sepah. Contoh satu bahagian file word korang diletakkan di bahagian tengah hard disk, pastu satu bahagian yang lain pulak kat bahagian hujung. Keadaan camni di sebut Fragmentation ye adik-adik.. :D di sebabkan tabiat buruk itu, bila korang nak buka file word, windows akan ambil masa yang lama sikit sebab kedudukan file yang jauh tadi.

Okey kat sini lah fungsi defragment untuk menyusun balik file yang bersepah tadi supaya hard disk korang akan lebih ringan. Masa korang nak buat defragment ni, tak boleh ada program lain yang berjalan, guna internet pun tak boleh ye..sebabnya boleh menganggu proses defragment. okey defragment ni tak boleh buat selalu sebab masa korang menyusun file, file tersebut boleh mengikis hard disk.

okey caranya pergi

Start Menu > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter



Pilih local disk mana yang korang nak defrag k. pastu klik defragment sebelah analyze tu ye

Akan jadi macam ni. tunggu sampai habis okey.

p/s : sila cuba jangan takut :D apa pun tak boleh..haha *jangan lupe tengok maharaja lawak akhir minggu nie :D



6 comments:

alif haris said...

nice tuto bro :)

M Fizan said...

haha..sangat best tuto nie..tenkiu2..nanti nak cuba..kalau tak laju, boleh saman SweetLikeWhat..hehe ^_^

SweetLikeWhat said...

alif haris : mekasih bro :D

SweetLikeWhat said...

M Fizan : hahaha..try yek... :D

tia @ Ini Kisah Tia said...

Tia pakai windows 7 , lepas ke tu ?

SweetLikeWhat said...

tia : lepas insyaAllah :D