Tuesday, 14 June 2011

Cara Block Laman Web...

Assalammualaikum


Pada petang yang mendung dan tak panas hari ini aku nak kongsi sikit cara nak block sesuatu laman web yang korang taknak..Untuk ibu bapa yang ada komputer dan internet di rumah amat sesuai guna cara ini bagi mengelakkan anak-anak anda terbukak laman web yang tidak sepatutnya anak-anak kita tengok..yelah kita tak mahu kan anak-anak kita belajar macam-macam dari internet..sebab bila dorang mula belajar macam-macam di internet, takut jadi macam-macam perkara yang kita takut nak dengar tapi kena dengar jugak..budak-budak ni masih tak boleh pikir baik buruk, so kita sebagai orang dewasa ini lah berusaha untuk jauhkan anak kita dari anasir-anasir yang tidak baik ini..haha..berpidato lak aku ni an...


Internet dan dunia ict ni tak salah untuk diterokai dan dipelajari..malah amatlah di galakkan budak-budak sekarang menggunakan internet supaya celik it, celik hati, dan celik minda..haha..nangis ler datuk fadzilah kamsah camni baca tulisan aku ni..*budget dia ade masa nak baca..kuikui..
tapi budak-budak sekarang perlu diawasi kerana mereka lebih pintar dari kita yang dulu-dulu tidak ada komputer pun di rumah..bila dah tua-tua camni baru nak ada lappy/komputer sendiri..dulu pergi cc (cyber cafe) jer buat assignment an..budak-budak sekarang umur 10 tahun dah de facebook haha..ini sangat memberangsangkan.. :) 


So secara tak lansung baik gak untuk kita sebab kadang-kadang 
laman-laman web yang tak elok ni tetibe jer muncul depan kita..tengah kita buat blogwalking tetibe jer kacau daun pemandangan indah mata kita..padahal kita tak mintak pun dia keluar tapi dia yang sibuk-sibuk nak keluar..dan kita pun tertengok dengan senyuman sebab salahkan benda tu yang keluar sendiri..kikiki...contoh jer yekk..okey kalau korang nak tau benda-benda camtu lah boleh mendatangkan malware, spyware dan macam-macam ware lah kena kat komputer kita..itu menjadi lebih parah bila kita perlu format komputer kita..so aku yang ada kesedaran sivik ni nak share lah sikit ilmu yang aku tahu..*konon..adoi panjangnye la cakap an..so kita sambung..kang lagi macam-macam aku ceramah kat sini.. :p

cara-caranye.. *macam nak buat kek lak an...


tengok gambar k..


1. buka my computer dan pergi Local Disk (C:) ...

2. Okey bila dah pergi ke local disk C: dan klik lak folder WINDOWS tu

3. okey cari pulak folder system32...

4. cari folder yang bernama drivers..macam yang aku highlight tu

5. okey dah klik folder drivers tu, cari lak folder etc...

6. dalam folder etc tu pulak korang cari file yang bernama host...sepatutnye file tu dalam format note pad..kalau jadi macam kat atas tu korang open with note pad k...(kalau tak faham boleh tanya k)


7. okey macam ni lah isi kandungan dalam host tadi bila buka dalam note pad..

8. then copy perkataan yang aku highlight tu yek..

9. paste kan balik benda yang korang copy tadi betul-betul bawah yang benda yang korang copy tadi tu 

8. tukar perkataan localhost tadi tu kepada laman web yang korang nak block tu..contoh aku block www.yahoo.com dan www.youtube.com...korang boleh letak bape banyak pun laman web yang korang nak block...cuma korang mesti kekalkan 127.0.0.1       localhost yang first tadi tu..

9. dan save
10. dan bila korang cuba bukak laman yang dah block tadi ianya akan jadi macam kat atas tu..


note : selamat mencuba !!! :) *nie untuk window XP yekk..window 7 lain entri okey...

11 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

wah kak ! bagus ni . Tia bookmark . heheh . nanti adik tak boleh main game lagi dah tempat Tia . bhahahaa :) thnks lagiiiii .. mana butang like ? nak like juta kali . heheh ..

SweetLikeWhat said...

oh sesame ekk..hehe..owh adik suke men game yek...tak nangis ke dia nanti tia block game dia..hehe

GreenAppleKu.com said...

Good info..

SweetLikeWhat said...

GreenAppleKu.com : tq :D

AnneRaini said...

good info....

SweetLikeWhat said...

AnneRaini : tq dear :D

ADAM & COMPANY said...

window 7 bt cmna?

Syafiq faizal said...

tak jadi pun...dh wt ikot step
tp mase kt notepad tu, lain pulak
dye tulis

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost

Anonymous said...

as"salam boss..untuk laptop version lain takde ke boss..utk macbook pro mcm mner tu..

Kenji Akatsuki said...

apa x jadi p0n .. dia kna guna administor plak. x paham la .. t0l0ng terangkan ???

abang besar said...

thanks ,atas info anda . :D