Friday, 17 June 2011

Macam-macam...

Assalammualaikum...



Alhamdulillah di pagi jumaat yang mulia ni kita dapat menikmati lagi semua kurnian tuhan...masih sihat, masih boleh makan sampai kenyang, masih boleh bergelak ketawa..boleh lagi berblog sambil makan kitkat dengan senang hati..boleh lagi siap-siap pergi kerja....pendek kata semua bolehlah...alhamdulillah masih ada kesempatan untuk buat semua itu...bersyukur kerana kat luar sana mungkin banyak lagi yang tidak bernasib baik macam kita...*menginsafi diri sendiri.. :D


Pagi tadi on the way pergi kerja dengar radio sinar fm, ada lah seorang hamba Allah mengadu isterinya selalu cepat marah, cepat melenting, tak boleh gurau lebih-lebih..erm kesian dengar..memang tak di nafikan manusia ni tak sempurna..kita sepatutnya memang kena terima baik buruk pasangan kita, tapi ada sesetengah perkara kita perlu perbaiki benda-benda tidak baik dalam diri kita..tak boleh la sangat ikut perangai kita yang macam-macam tu..suami kita pun manusia biasa..kadang-kadang tak boleh tahan jugak..*seth tan pun tak boleh tahan kot..haha


Okey aku pernah dengar cd ceramah seorang ustaz ni..ustaz ni bagi lah perumpamaan dalam satu cerita kisah sepasang suami isteri...so si isteri memang sangat lah suka berleter dan membebel..ada aje tak kena...macam-macam benda yang dibebel kan..sampai la satu tahap si suami sudah tidak tahan lagi, pada suatu pagi si suami ni tadi tolak la isterinya ke dalam perigi buta...so hari pertama takde isteri okey lagi, hari kedua si suami dah mula rasa sunyi, si suami tadi pikir walaupun isteri aku kuat membebel tapi kerja rumah sentiasa siap, makanan setiap hari terhidang atas meja, tapi bila isteri aku takde hari-hari aku makan maggie, hari ketiga beliau tak tahan lagi dan pergi lah semula ke perigi buta nak ambil balik isteri dia..si suami pun lemparkan lah tali dan berteriak memanggil isterinya supaya naik sambil mintak maaf kerana tolak isterinya..tapi tali yang di tariknya semakin lama rasa semakin berat..si suami tadi amatla terperanjat kerana bukan isteri nya yang naik tapi penunggu perigi berambut panjang yang naik. penunggu perigi berkata pada si suami tu.."terima kasihlah tolong bawak aku keluar dari perigi ni..3 hari lepas ada seorang perempuan jatuh dalam perigi ini..dari hari pertama dia jatuh sampailah ke hari ini tak berhenti-henti dia membebel..aku tidak tahan lagi nak dengar" hahaha..kesimpulannya jin/penunggu pun tak tahan dengar perempuan asyik membebel apatah lagi suami kita manusia biasa..tu baru 3 hari, macam mana pulak dengan suami kita yang bertahun hidup ngan kita...


So pengajarannya kalau kita ade sesuatu sikap yang tak baik eloklah berusaha perbaiki dan kurangkan lah..takut suami tidak tahan lagi nak dengar..hehe...jadi marilah beramai-ramai menjadi isteri yang dapat menyeri dan menyejukkan hati suami..dah macam kempen mari menjimatkan penggunaan elektrik plak..haha :D




- gambar ihsan google




note : peringatan untuk diri sendiri jugak dan sentiasa berusaha memperbaiki diri mana yang kurang..renung-renungkan dan selamat beramal :D

11 comments:

misz athiqah said...

ha..ha...adui...mbebel??..mmg sifat perempuan..tapi cuba renung balik..apa yg baik nyer pd diorg di sebalik buruk mbebel tue??..hehe...mbebel itu cuma cara untuk mlepaskan tekanan bila diorg penat wat sesuatu keje..hehe...mbebel pun satu cara tuk diorg tunjuk yg diorg prihatin n amik berat =p..

salam...jenguk jengah anda di sini....=)

M Fizan said...

hahahaha..gelak sorang2 baca kisah penunggu perigi buta..:D

tapi memang best lar..kaum hawa patutnya kurangkan membebel..pening telinga nak dengar..hehe

SweetLikeWhat said...

misz athiqah : haha..mmg sifat perempuan suka membebel..tapi perlu kena pada tempat dan gayanye..hehe..boleh tapi kurangkan lah.. :D

M Fizan : hehe..suke ye.. :D

Alin Marlini said...

bila marah lebih suka diamkan diri..kalau membebel lg skt hati..

SweetLikeWhat said...

alin marlini : setuju..memang pun..sebab bila kita membebel pun si suami diam aje..wat penat..hahaha..

tia @ Ini Kisah Tia said...

hehe . memang tak dapat dinafikan perempuan kuat sangat membebel . tapi tu lah , kena faham yang lelaki tak berapa gemar dengan keadaan macam tu .

so . masing-masing kena cari alternatiflah supaya takkan jadi punca masalah kepada hubungan sebagai suami isteri belakang hari .. :)

Simpan Kecantikkan Hanya Untuk Suami

SweetLikeWhat said...

ye betul tu tia..kena sepakatla supaya takde timbulnye masalah... :D

Izzlorna said...

mmm mcm sy ng hubby jerk...hehe...pasangan yg kontra...sorang senyap, sorang potpet ;p hihi....

SweetLikeWhat said...

Izzlorna : yeke...memang jodoh Allah tu sesuai dgn kita.. :D

tieykah said...

hahaha.ingatkan citer seram td.gelak lepas bc ending.

sy pon nak jadi isteri solehah dan baik,tp belom kawin lg ni.:)

SweetLikeWhat said...

tieykah : mekasih sudi baca yekk.. InsyaAllah tieykah boleh jadi isteri solehah nanti.. :D