Monday, 11 July 2011

Baru Balik...

Assalammualaikum...

-gambar ihsan google
Sudah 5 hari aku tak update blog kerana aku sibuk di kuala lumpur.aku nak minta maaf pada semua blogger yang singgah blog aku sebab aku tak dapat balas jejak korang semua selama 5 hari ni..*budget banyak sangat la orang singgah :p..terpaksa lupakan blog selama 5 hari yang lalu bila aku di kejutkan ayah mertua aku masuk hospital sebab muntah hitam.alhamdulillah sekarang beransur sihat walaupun tak keluar hospital lagi.tengahari rabu aku dengan hubby dan ibu mertua aku bergegas pergi hospital..jadi 5 hari lah kami berulang-alik ke hospital..doakan ayah mertua ku sembuh dan boleh keluar hospital dengan cepat ye korang semua.. :)


Dekat sini aku nak la kongsi sepanjang aku berada di kuala lumpur hari tu. korang mesti tahu pasal perhimpunan BERSIH kan...ye BERSIH...tak seindah nama..aku bukan nak berpolitik kat sini..dan aku tak pandai berpolitik..siapalah aku nak bercakap..?aku juga tidak tahu pasal berpolitik..tapi kat sini aku cuma nak luah rasa tak puas hati aku sebab perhimpunan ni sebenarnya banyak menyusahkan rakyat Malaysia.korang bayangkan kami yang berulang-alik nak ke hospital ni kena hadapi jam yang teruk..bayangkan kesusahan kami macam mana...hari jumaat lepas aku dan ahli keluarga aku sampai rumah pukul 4 pagi padahal kami dah keluar hospital dari pukul 10 lagi..padahal dari hospital ke rumah kakak ipar aku cuma 30 minit je..sudahlah penat sehari suntuk di hospital.memang jalan jam teruk sangat-sangat..bukankah itu menyusahkan semua pihak..?apa yang kita dapat dari semua tu..?aku tak salahkan pihak polis buat pemeriksaan macam tu.itu tanggungjawab mereka..yang aku sangat terkilan mereka-mereka yang sanggup susahkan orang lain demi kepentingan peribadi.mereka-mereka yang menyebabkan semua ni perlu berlaku..


Adik ipar kakak aku dari pahang tersangkut dekat gombak lebih 4 jam.sampai kereta beliau terpaksa parking tepi jalan sebab temperature naik.bayangkan macam mana mereka-mereka yang berkenaan susahkan orang..?lepas itu kedai-kedai banyak tutup.mungkin perniaga takut ade rusuhan.entahlah...aku rasa kalau ada yang tak puas hati pergilah pada jalan yang betul..tak perlu sampai susahkan sesiapa..bersyukur lah dengan aman damai yang kita ada sekarang, sebelum kita hilang semua apa yang kita miliki selama ni..


sekian..




p/s : maaf kalau ada yang tak suka apa yang aku coretkan nie..tapi segala luahan ini berlaku pada aku dan aku nak kongsi pada korang semua..terpulang untuk terima atau tidak.kita ada akal fikiran untuk fikir baik buruk sesuatu perkara..





9 comments:

Syakiela said...

amin33x...smoga ayah mertua anez cepat sembuh ye...

SweetLikeWhat said...

mekasih kiela... :)

Rs Ida said...

moga ayah mertua cepat2 sembuh yea..amin..

perhimpunan bersih yang menyusahkan org jer...dislike sepuluh kali..hehe..

SweetLikeWhat said...

mekasih ida..:D..betul..memang menyusahkan pun..huhu..

tia @ Ini Kisah Tia said...

semoga ayah mertua pulih seperti asal :)

alif haris said...

amin ya Rabb ..

semoga cpt sembuh ayah mertua tu ^^

hmm sbb bersih , tergendala nk jalan2 ,, hhuhuhu

SweetLikeWhat said...

tia : mekasih ye...amin2x

alif haris : amin2x..

M Fizan said...

pilihan raya yang tidak adil dan korupsi pemerintah tu lebih menyusahkan daripada apa yang berlaku pada hari kejadian

SweetLikeWhat said...

M Fizan : yeke..tapi ape penyelesaian yang mereka dapat dari perhimpunan itu..?ade ape-ape yang berubah..?