Monday, 12 September 2011

Kalau Tak Tahu Masak Tolak 50% Hehehe

Assalammualaikum


Aku terbaca post kat bawah ni dekat facebook..wah sangat menarik perhatian aku sebab duit hantaran tersebut telah di kategorikan mengikut kelulusan dan siap ade mark lagi kalau tak tahu masak tolak 50%..hehe...


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
...2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
***TETAPI YANG DIPLOMA KE ATAS KALAU TAK TAHU "MASAK" AUTOMATIC DI TOLAK 50% DARIPADA NILAI BIDAAN***


Tak di nafikan nilai hantaran makin lama makin meningkat mengikut peredaran masa dan harga barang. tapi tu tak bermakna kita perlu menyusahkan pihak lelaki dengan hantaran begitu tinggi..kalau lelaki tu baru saja bekerja mana nak cekau duit 30,40 ribu sekali gus..jalan singkat buat pinjaman..tak ke lepas kahwin tanggung hutang aje.


Islam mengajar kita bersederhana kan..*keluar dah ceramah aku pagi-pagi ni..hehe..memang lah kahwin tu sekali seumur hidup tapi tu tak bermakna kita boleh membazir duit melampau-lampau..tak semestinya kalau nak kan sesuatu majlis tu meriah perlu belanja yang besar..belanja kecil pun majlis boleh meriah ape..


Sebab musabab tak di galakkan pihak perempuan letak hantaran terlalu tinggi pada pihak lelaki..*pada pandangan aku lah*
  • Elakkan bakal suami kita berhutang
  • Selepas kahwin hidup susah sebab beban hutang
  • Supaya dapat dirikan masjid dengan cepat.kalau duk tunggu lelaki kumpul duit bila pulak nak kahwinnya.
  • Takut jadi anak dara tua sebab lelaki bosan dengan duit hantaran yang terlalu tinggi.
  • Supaya perkahwinan itu lebih berkat dan di redhai Allah kerana takde berlakunya pembaziran dan tidak sampai menyusahkan mana-mana pihak.
Kalau pihak lelaki tu memang mampu tu tak kisah lah kan..pada yang tak mampu macam mana pulak.kesianla kan..dia pun akan jadi suami kita nanti.

Tapi orang-orang dulu nak pinang perempuan buat isteri tengok perempuan tu pandai masak ke tak, budi pekerti, pandai hormat orang tua ke tak. ini kalau hantaran pun berpuluh ribu tapi tak pandai masak ape cerita..betapa pentingnya seseorang isteri tu pandai masak untuk suami..boleh tengok Entri ni..

gambar ihsan google

sekian..


note : makna cekau - cari

21 comments:

mizzkechique said...

melampau sgt bila ltk hantaran mahal2.. kesian pihak lelaki..

SweetLikeWhat said...

mizzkechique : tulah..kesian kan.. :)

アヌム ちゃん said...

tu la letak biar berpatutan..huhuu

aimie amalina said...

huuuu
pon bace gak ni kat bape belog
aiyoooo
kenapakah ada isu gini kan
hantaran ikot kelayakan
aiyaaaakkk

SweetLikeWhat said...

frometoyou : setuju

aimi amalina : itu lah pasal..haih..tak sesuai :)

BeloG MTT said...

Perkahwinan nampak mudah tapi sebenarnya tanggungjawab besar..daripada mulakan hubungan sampailah detik cuba nak melangkah ke satu ikatan..

Nak letak hantaran pon kena tengok kemampuan si lelaki , kalau nanti dah beranak pinak tapi hutang masih keliling pinggang lagi sakit kan.. :)

SweetLikeWhat said...

Belog MTT : setuju sangat... :)

mrs redzuan said...

hantaran akak dulu murah gile.almaklum encik suami baru nak bertatih dalam kerja dia...

Atiqah Wadiah said...

botak lah kepala laki klu nk kawen ngn org ada phd

SweetLikeWhat said...

mrs redzuan : buat ape nak bebankan bakal suami kan kak :)

atiqah wadiah : setuju sangat..hehe

M Fizan said...

tak setuju dengan duit hantaran tinggi nie.. nak kahwin ke jual anak..

said...

kalau letak mahalmahal..jadik bujang trannngg tang taaaangg la nanti..huhu..

Golden Rose said...

ramai yg cakap kahwin nak ikut sunah nabi tapi nabi tak penah plak bagi hantaran ribu2

SweetLikeWhat said...

M Fizan : setuju tu fizan..

Ain : itulah pasal..

golden rose : kannnn..

Ezad Skytech said...

tinggi sgt tu nilai hantaran...lagi2 yg da degree ke atas tu..hee~

SweetLikeWhat said...

ezad skytech : tulah pasal.. :)

adan said...

letak hantaran mahal2.. lepas kawin nanti cerai sbb tade duit.. duit habis kat mahar je.. sape sengsara? ibubapa orang pasangan pengantin?

adan said...

*typo
sapa sengsara? ibu bapa or pasangan pengantin?

anismelon said...

betul betul..nak letak tinggi pon tengok gk lah laki toh keje ape..kalo yg biase biase mintk pai 15k mmg xdpt la kan..mmg kawin kene keja ahlong jela t..weeee

AnneRaini said...

betul tu anez...kdg2 org letak hntrn ni sbb nak lebih drpd jiran2 yg lain..over tau..

SweetLikeWhat said...

adan : tulah..yang susah mereka dan keluarga mereka..hehe

anismelon : yeah setuju tuh :)

anneraini : tulah kak..macam nak berlawan-lawan pulak kan :)