Monday, 19 September 2011

Tackle Hati Isteri

Assalammualaikum


Selamat pagi semua..wah tengok tajuk tuh..yang lelaki boleh lah ambil ape yang aku kongsi untuk masa depan..haha..


Senang jer nak tackle hati isteri ni..orang perempuan ni senang jer..orang lelaki suka cakap perempuan ni complicated..susah nak faham..tapi sebenarnya mereka semua silap kerana berprasangka perempuan ni susah nak handle..


Sebenarnya kunci utama nak tackle hati isteri ialah tackle dengan perasaan atau kejiwaan..sebab perempuan ni sangatlah sensitif, perempuan ni kekuatannya pada perasaan..perasaan perempuan ni memang sangat mudah tersentuh dan jiwa yang amat lembut.lagi lembut dari span kot..hehe


Sebab bila sesuatu menyentuh jiwanya, dicuri hatinya, terkesan hatinya insyaALLAH dia akan menyayangi korang hingga akhir hayat..tak kisahlah macam mane rupa suaminya..perut boroi ke, rambut kerinting, bibir tebal ke, kulit warna hitam metalic ke *hitam tu menawan tau..jangan pertikaikan.. dia takkan malu pegang tangan suaminya bila pergi shopping complex..bukan takat pegang jer..peluk erat-erat lagi lengan suami dia..sebab perempuan tu kekuatannya pada perasaan..


Walau korang kacak macam mana pun tapi kalau akhlak buruk, perangai sombong, panas baran, bengis, garang, ermm usah harap isteri boleh sabar..


"Seorang isteri boleh sabar jika korang tak sesegak macam mana sekalipun, tapi seorang isteri takkan sabar kalau korang layan guna kekerasan"


Jadi kesimpulannya layanlah isteri korang dengan penuh perasaan, kerana kekuatan perempuan tu pada perasaan..korang mintak ape pun dapat..kalau guna kekuatan, alamatnya lingkup lah..haha




Gambar ihsan goolge


sekian..


note : tulis entri ni sambil menahan perut yang kenyang + senak..coz kat sekolah aku harini buat jamuan raya..huarggggghhh..mengantuk pulak tuh..ape pun tak boleh..



22 comments:

Zawifatul Aziah said...

betol..betol..betol (suara upin ipin).hehe..oo cikgu ke.besnye :)

fadh leyanie said...

sokong 100% entri ni..walaupun sy blm kahwin..
baik suami mahupun isteri masing2 kna pandai jaga hati..
hati perempuan ni..tak ssh pn nk jaga.:)

SweetLikeWhat said...

zawifatul aziah : hehe..comel macam upin ipin.. :)

fadh leyanie : tq...betul tuh..baru teguh peribadi..hehe

Sharifah Ma said...

Betul tu, sama2 jaga perasaan masing2.. Insya Allah kekal sepanjang hayat.

said...

batul..perempuan ni senang je nak tackle...layan perasaan dia.. hehee.. ;P

SweetLikeWhat said...

sharifah ma : kannn.. :)

ain : sangat senang kan kalau faham :)

aimie amalina said...

wow!
i liiikeeee entri ni lelajuuu kak..hihihihi..betooll
perempuan ni hnya bole dipikat memalui perasaan je kan?
betol3

SweetLikeWhat said...

aimie amalina : tq dear..hehe

Ini Kisah Tia said...

memang tak terkesanlah kalau guna cara kasar .. hehe

アヌム ちゃん said...

setuju tu..kne pndai tackle hati dan perasaan isteri.heee

Mamachia said...

setuju sangat...berikan isteri anda kasih sayang yang setulusnya...pasti dia akan setia jiwa dan raga..cewahh..

Hana Soffelia said...

My MIL pernah ckp, nak jaga suami kena jaga 3 perkara tapi nak jaga isteri hanya jaga hati isteri je, dah cukup membahagiakan isteri. ^_^

Run Away said...

betul tu...;d.....tapi sy tak kawin lagi...hik....;d

Ezad Skytech said...

sama2 la kena jaga hati pasangan masing2..hee~

SweetLikeWhat said...

tia : kannn :)

frometoyou : lelaki perlu ade skill tuh :)

mamachia : aah kak..bukan semua lelaki boleh buat macam tuh :)

hana soffelia : setuju :)

run away : nanti akan fasa tu jugak :)

ezad skytech : yeah :)

dhiera said...

ingat ye para-para suami sekalian~

salam perkenalan!

SweetLikeWhat said...

dhiera : salam perkenalan juga :)

WuMing said...

Lelaki cakap Wanita susah difahami kerana mereka tak mahu cuba sebenarnya....

fa-in said...

sememangnya jiwa wanita lembut & halus. :)

M Fizan said...

sangat setuju dengan entri akak.. dan saya sangat menyukainya sehingga mengangguk-angguk dan tersenyum kerana tak sabar nak tunjuk entri nie pada sesiapa saja yang lalu lalang depan kolej kediamaman saya :)

Bro Ery said...

Lakukan dengan cara yang lemah lembut baru laa hati isteri lembut. Chewaaaah. Setuju dengan entri ini :)

P/s: Maaf lama tak singgah. Kami sangat sibuk tahap dewata raya didunia realiti. Huuuu..

L said...

kene kopi nieh.. nt dekat2 nk kawen boleh baca laen.. huhu

dah sembahyang belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html