Thursday, 29 September 2011

Untungnya...

Assalammuualaikum..


Selamat petang semua..setelah 5 hari menghilangkan diri akibat menghabiskan cuti tahun yang begitu banyak dan di tambah pula cuti menyambut besday aku isnin lalu..haha gile excited bagi tahu..mintak maaf tak dapat balas jejak korang semua yang singgah ke blog aku..jangan serik untuk singgah lagi :)


Oleh itu, begitulah pendahuluan entri yang begitu panjang lebar..tengok tajuk entri ape yang untung sangat tuh..haha..aku nak kongsi lah pasal untungnya bawak bekal..tak kire lah bawak pi sekolah ke..bawak pi koje ke..tapi kesimpulannya memang berbaloi lah pada aku..


Aku ingat lagi zaman sekolah dan zaman kerja sebelum aku kahwin mak selalu bagi bekal kat aku.aku yang kononnya malu dan rasa tak rock lah bawak bekal berusaha cakap kat mak tak payah susah..tapi mak aku tetap dengan pendiriannya..yela kawan-kawan aku mana duk nak bawak bekal-bekal segala nih.semua makan kat kantin jer..kiranya tak cool lah bawak bekal an..tapi sebab kesian kat mak, aku bawak jugak lah..yelah mak dah siap kan..aku tinggal bawak jer..


Mak aku dah terbiasa buat bekal puncanya ayah aku lah..sejak diorang kahwin ayah aku mintak mak buat kan bekal untuk makan tengah hari..alasan ayah aku cuma satu - taknak kena darah tinggi..makan kat luar banyak ajinomoto..ayah aku memang jaga badan..tak gemuk..sampai sekarang tiap2 petang balik koje dia main bola..main bola dengan budak belasan tahun pulak tu..hehe..umur dia dah 50 tau..


Ish panjang berjela betul entri aku ni kan..kemaruk betul menaip..
jom tengok antara keuntungan yang di perolehi bila membawa bekal.. :)
  • elak penyakit darah tinggi------>makan kat luar banyak ajinomoto
  • dapat jimat duit.. -------> itu penting..haha
  • elak keracunan makanan..
  • di jamin bersih dan halal..
  • boleh ber 'potluck' dengan kengkawan opis..
  • makanan yang di masak sendiri lebih berkhasiat..
  • rasa makanan itu sendiri lebih sedap..
  • citarasa sendiri lebih menyelerakan
  • hilang kebosanan makanan kat luar yang menu nya sama jer setiap hari..
  • pandai berjimat suami lebih sayang.. *haha..slogan ape aku pakai nih

Begitulah antara keuntungannya..dan bila aku dah kahwin dapat pulak suami yang memang bawak bekal lagi dari sebelum kahwin..mak mertua pulak yang rajin bekal kan pada suami..alamatnya memang aku terpaksalah menyambung kembali tradisi membawak bekal..haha..

sekian, terima kasih...


mari menabung :) - ihsan google

p/s : jangan pernah bosan singgah ke sini ye..haha..ape pun boleh... :)










18 comments:

Ezad Skytech said...

sy kalau time lunch..mesti balik makan kat rumah..sebab dekat dgn tempat tempat praktikal...hee..jimat sikit duit kan..:D

SweetLikeWhat said...

ezad skytech : betul..jimat lebih banyak dengan makan di rumah :)

Hana Soffelia said...

Hana pun suka bawak bekal masa kt sklh dulu. Waktu sklh rendah, xmuak2 mkn nasi goreng mak buat. Time sklh menengah lak bawak bekal nasi kerabu tp bkn mak buat, jiran yg jual tp ketahuilah kebersihannya sbb jiran itu sgtlh pembersih orgnya, ptg2 mak tlg beliau sdiakan brg2 utk buat nasi kerabu. Cuma bila dh keje je jarang bawak bekal. IF nk bawak bekal pun berjanji dgn member2 opis,buat portluck. ^_^

Kesimpulannya, memang menjimatkan. teheee

SweetLikeWhat said...

hana soffelia : best kan bawak bekal mak..bila dah kahwin ni tak merasa dah..hehe :)

mizzkechique said...

MK klu rjin msk, mmg ari2 bw bekal.hehe.. tggu dh kawen nt kot rajin..

dhiera said...

dulu pun suka bawa bekal. tp masa belajar dulu, bawa tupperware je sebab beli makanan dekat cafe~ he

SweetLikeWhat said...

mizzkechique : bagus2..nanti dah kahwin amalkan :)

dhiera : lebih jimat kan bawak bekal :)

Myra Jay said...

betul tu, bawak bekal ni dapat jimat dan untung banyak benda :)

SweetLikeWhat said...

myra jay : kann.. :)

♥ Elin ♥ said...

betul tuh stuju sgt..
semua senarai awk tuh mmg sy stuju.

jimat banyat tau.
halal pun terjamin.

SweetLikeWhat said...

elin : kann :)

Run Away said...

dulu2 selalu bawak bekal g sekolah...lepas tu tayang2 kat member...bekal sapa yg paling best...;d

SweetLikeWhat said...

run away : haha..comel sangat kamuu :)mesti mak buat bekal best2 nih..

aimie amalina said...

heeee
suke sgt trend bawa bekal ni
ms sekolah dulu bawa bekal jugak
lepas ni kalo keje nak bawa bekal gak lah =]

Ini Kisah Tia said...

memang untunglah kak .. Tia punya bakal , haish macam Tia jugaklah . tak gheti bawak bekal .. huhuh ..

SweetLikeWhat said...

aimie amalinna : kekalkan kerana ianya berjaya membuatkan kite pandai berjimat..hehe..

tia : nanti dah kahwin ajar hubbby bawak bekal ekk.. :)

M Fizan said...

untungnya... apa rahsia ayah akak tu? emel jawapan dia kat saya.. hehe

zahidah seran said...

pot luck paling best.
meriah jek kongsi2 makan dengan org..=)