Friday, 29 July 2011

Arrrrggghhhh.. Putus Cinta

Assalammualaikum...


Putus cinta...arrrrggghhhhhh..tentu sakit yang amat sangat..lebih parah lagi, bila sudah bercinta dengan si dia bertahun-tahun..dalam sekelip mata si dia meninggalkan kita..mungkin ada antara korang pernah di kecewakan kerana cinta *termasuk aku jugak..haha..zaman hingusan...tapi ade tak antara kita masih tak boleh terima kekecewaan itu..?


Memang amat sakit bila di lukakan, tapi apa yang termampu kita lakukan..menangis dan meratap setiap hari..?tak lalu makan sampai badan kurus kering..?tido pun tak lena..?terjaga tengah-tengah malam dan menangis..?tak pergi kerja berhari-hari?


Hentikan semua itu...cukup-cukup lah merosakkan diri sendiri kerana cinta..buat ape lagi nak di kenangkan orang yang dah sakitkan hati kita..?kita sepatutnya bangkit dari kekecewaan itu..kerana ingat satu jer, si dia yang menyakitkan hati korang itu pasti akan rase jugak ape yang korang rase..cuma lambat atau cepat jer..


Ingatlah, si dia boleh dapat perempuan/lelaki lain, tapi mak ayah kita ada hanya ada seorang anak lelaki/perempuan macam korang yang tiada gantinya..


aku ada tips untuk korang nak hilangkan rasa sakit putus cinta tu..


  • anggap tiada jodoh antara kamu dan dia..kalau betul jodoh kamu bersama dia, pasti suatu hari nanti Allah akan temukan kembali kamu dan dia..
  • doa banyak-banyak supaya di beri ketenangan jiwa..dekatkan diri dengan pencipta kerana Dialah tempat kita meminta pertolongan..
  • penuhkan aktiviti seharian..jangan sesekali dengar lagu-lagu yang berkaitan putus cinta..lagu-lagu seperti itu hanya melemahkan jiwa korang jer..sebaiknye dengar lagu-lagu yang memberi semangat pada kita balik..
  • jangan duduk sorang-sorang diri dalam bilik, joinlah adik-adik korang tengok kartun..supaya terhibur sikit hati tu..
  • buang semua kenangan korang dan dia..jangan simpan lagi gambar, hadiah, atau pembungkus gula-gula sekalipun kerana itu hanya akan menambahkan sayu di hati..
  • carilah kawan untuk meluahkan perasaan..kalau takde kawan blog pun boleh..hehe..
  • set dalam minda si dia bukanlah yang terbaik untuk kita..mungkin kalau kita kawin dengan dia mesti ada macam-macam masalah atau mungkin tak kan hidup bahagia..
  • bila si dia menjelma di fikiran cuma cakap dengan kuat "eh pergilah kau dari sini..menyibuk aje " supaya kita jadi lebih kuat..
  • dan kunci utama ialah sabar..sabar kan hati supaya kita tak buat perkara-perkara yang hanya merosakkan diri kita..

Jika Allah makbulkan doa kita, Allah sayangkan kita
Jika Allah lambat makbulkan doa kita Allah sedang menguji kita
Jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang TERBAIK untuk kita...


happy selalu macam ni - gambar ihsan google




Sekian motivasi hari ini..hehe..



Thursday, 28 July 2011

Rumah Ku Syurga Ku

Assalammualaikum


Hye kepada semua pembaca..cewahh ber hye-hye pulak ye.ade yang sedang lepak kat rumah ke tu..bila sebut pasal rumah, tetibe rindu pada rumah sendiri..*padahal tinggal kejap jer sebab nak pergi kerja..


Rumah ku syurga ku..memang sangat setuju dengan pepatah itu..siapa-siapa pun, walau pergi sejauh mana, last-last sekali mesti balik rumah kan..dan mestikah rumah yang kita ade tu perlu seperti syurga..?*oh syurga pun tak pernah tengok..syurga itu hanya lah ibarat..


sebenarnye syurga itu merujuk betapa bahagia bila kita berada di rumah..tidak semestinya rumah perlu sebesar istana..cukuplah untuk keselesaan untuk seisi keluarga.


cukup bersih untuk kita sentiasa ingin duduk dan lepak-lepak di rumah..
kemas dan nyaman..tidak perlu perabot-perabot yang mahal untuk membolehkan kita sangat selesa berada di rumah..


walau perabot murah, tapi susun aturnya kemas, bersih dan teratur sudah pasti membuatkan hati kita aman dan damai bila duduk dirumah..


bila pergi kerja.."eh lambat betul lah jam ni nak pukul 5..aku dah tak sabar nak balik rumah ni.." padahal takda ape yang menarik pun ade kat rumah..semua benda sama je..tapi sebab ape..?sebab rumahlah segala-galanya..tempat kita berehat selepas letih di tempat kerja, hilangkan stress, tempat kita berlindung siang malam, dan rumahlah tempat kita membesar sehingga kita mampu mengenal kehidupan..


sangat comel kan rumah orang inggeris..bersih sangat -gambar ihsan google


patutlah emak ayah kita kalau datang rumah anak-anak mesti nak balik cepat..alasannya sayang tinggal rumah lama-lama, aku rindu dah rumah aku tu, kalau aku nak mati pun biarlah kat rumah aku sendiri..sampai macam itu sekali lah rumah amat bermakna pada kita kan..


dan rumahlah yang sebenarnya asas didikan untuk anak-anak..kalau cantik rumah itu kita isikan dengan kebaikan, cantik juga lah hasilnya pada anak-anak..*dah keluar dah motivasi aku..kuikuikui


rumah perlu di bina dengan kasih sayang..barulah terhasil rumah ku syurgaku




sekian...


note : bila dah kawin rindu pulak rumah mak.. :)

Wednesday, 27 July 2011

Azam Di Bulan Puasa..?

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua rakan blogger..baru sempat nak update setelah sekian lama ini blog di penuhi sawang-sawang yang tidak diingini akibat demam, batuk, selsema 3 serangkai..walaupun demam aku gagahkan juga buat entri supaya blog ini tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas..apaa daa..ini mungkin disebabkan suhu badan yang tidak menentukan menyebabkan ayat juga tidak berapa nak cantik..cantik ke..?

Beberapa hari lagi nak puasa..orang kata cupui-cupui je lagi..eh faham ke..?ape azam bulan puasa korang tahun ini..azam yang biasa di buat sebelum puasa..

  • nak solat terawih penuh tahun ni
  • nak puasa penuh tahun ni
  • nak tingkatkan amalan di bulan ramadhan
  • taknak pergi bazar ramadhan tiap-tiap hari
Ye yang aku highlight colour biru tu lah azam bulan puasa aku tahun nie..haha..kenapa..?tahun-tahun yang dulu menjadi pengajaran yang tidak ternilai..kuikui..tahun-tahun dulu tak sah tak pergi bazar ramadhan..tiap-tiap hari mesti pergi dan menyebabkan mata sentiasa lapar, lapar dan lapar..apabila mata sudah lapar sebenarnya ianya melebihi lapar si perut yang berkeroncong dan mengakibatkan pembaziran berlaku tak kire dari segi ape ianya terjadi..eh faham ke nie..

Masa beli bukan main lagi boleh berjanji dengan perut, eh sikit jer nie..mesti boleh habis punye..

Bila azan dah berkumandang, benda lain tak nampak dah..abis satu jag air..ye ini serius..dan di situ telah mengenyang kan perut yang tadi nya dah berjanji nak abiskan kuih muih, lauk pauk..dan mata yang sangat lapar tadi mula lah rase mengantuk dan menyebabkan masa solat terawih asyik menguap 365 kali..kuikuikui..

Jadi bagi mengelakkan pembaziran yang melampau aku ingin berazam dengan bersungguh-sungguh untuk tidak pergi bazar ramadhan tiap-tiap hari..kurangkan kepada sekali seminggu atau paling banyak 2 kali seminggu..


Oleh yang demikian perlulah aku memasak setiap hari untuk mengelakkan pembaziran yang tidak bernilai itu berlaku.. *terpaksalah mintak tolong hubby bantu kat dapur supaya misi ini berjaya..kuikuikui..

macam mana dengan korang pulak..?
ada azam macam aku..?
selamat menyambut bulan ramadhan pada semua rakan blogger
semoga amalan kita di bulan ramadhan ini di terima Allah swt..

sekian...


Wordless Wednesday #7 | Oh Tidakkk !!!


gambar ihsan google





Wordless Wednesday #6 | Demam...Doakan Aku Sembuh..

Assalammualaikum..





Friday, 22 July 2011

Tolonglah...

Assalammualaikum...


Selamat pagi..pagi-pagi lagi dah mintak tolong..aku nak mintak tolong sangat pada semua pengguna masjid/surau tolonglah jaga kebersihan..tandas masjid/surau bukanlah tandas awam yang korang bayar dan boleh buat sesuka hati..mintaklah kerjasama kita jaga sama-sama..bukan kita seorang jer nak guna..cuba lah hidup penuh berhemah sikit..*eh ade kena mengena ke..


Kenapa aku boleh buat entri camni..?


Sebab semalam aku jumpa sesuatu yang betul-betul dah melampau..nak tahu ape aku jumpe dalam tandas semalam..?aku jumpe tuala wanita yang dah digunakan di tampal pada dinding toilet..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...gile geli..korang pun mest geli kan...mintak maaf menyebabkan korang loya tekak..tapi demi untuk menjaga tatasusila ketika menggunakan tandas aku terpaksa dedahkan benda ni..*eh dah macam 369 jer ni..


Mintak masing-masing pikir lah..walaupun dalam toilet tapi jaga la kebersihan..kau ingat tandas tu ade tukang cuci dan kau badget makcik tu tolong buang kan untuk kau..?terang-terang makcik cleaner tu dah sediakan tong sampah..takkan kau tak nampak atau saja buat-buat tak nampak..?


Benda simple jer..buang sampah dalam tong sampah..susah sangat ker..tak kire ler yang buat tu budak ke, makcik ke, remaja ke janji korang dah akil baligh confirm korang boleh pikir baik buruk satu perkara..malu la sikit..masjid tempat beribadah der..kau dah guna tu pandai-pandai lah jaga kan..dah la guna air semua free tapi boleh pulak ambik kesempatan ye..


Bukan tu jer, macam-macam benda lain lagi orang buat kotor kat tandas masjid ni..pernah aku jumpe buang air besar tapi benda alah tu ade lagi atas mangkuk tandas..aiyakkk..nak muntah aku..kalau flush tu rosak kau jirus lah..yang paling aku tak berkenan buang tisu merata-rata..ada tong sampah tapi buang juga atas lantai..memang takde kesedaran sivik betul lah..


Jadi marilah beramai-ramai menjaga kebersihan masjid kita..bukan untuk orang lain..untuk kita dan generasi akan datang jugak kan..lagipun itu kan kewajipan umat islam perlu jaga kebersihan..islam amat pentingkan kebersihan..sekian untuk renungan minda hari ni..



p/s : maaf jika ada terkasar bahasa..itu sekadar melepaskan kegeraman..*eh ade ke ayat tu..ape pun tak boleh..

Thursday, 21 July 2011

Melayan Tu Curang Ke..?

Assalammualaikum...


Selamat pagi pada semua pembaca blog aku yang seberapa ni..ye hari ni pagi-pagi lagi aku dah update entri...
bersemangat sungguh..korang pasti biasa dengar pasal curang..perkara biasa berlaku di zaman sekarang..zaman dulu ade jugak tapi tak sehebat zaman sekarang..


Sebagai contoh ayah kite..boleh di kire orang dulu-dulu..alhamdulillah setia hingga sekarang..masih berkasih sayang dan hidup aman damai...tapi zaman sekarang baru kahwin 4 bulan sudah berpaling arah..ye aku cakap nie berdasarkan ape yang aku lihat..ape yang terjadi pada teman baik aku..bukan nak mengaibkan tapi untuk jadi iktibar pada korang semua hadapi hari-hari depan yang penuh pancaroba..*maaf kerana ayat aku sedikit seperti karangan spm..


Kenapa boleh terjadinya curang nie..?


Suka melayan..
Melayan tu curang ke..?bagi aku ye..perlu ke kau dah berkahwin sibuk nak melayan orang lain lagi..baik perempuan, baik lelaki..kalau tak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi..masih berhubung dengan kekasih lame..sms,berinbox di fb, berchating-chating di ym..
masih ade kepentingan ke..?*macam kawan aku cakap, kekasih lame tu ibarat macam sampah jer..kau dah kawin buat ape lagi nak ingat-ingat kekasih lame..
-boleh pula cakap nak datang meminang...
-nak tolong hantar kan orang tu balik kampung..
adakah itu satu gurauan kawan-kawan..?
yang aku tak boleh blah, kau baru kahwin 4 bulan, lepas tu isteri tengah mengandung, bukankah itu masih dalam mood honeymoon..macam mana ek boleh nak layan orang lain..?awatnya tak jaga isteri kau yang tengah pregnant zuriat kau tu..?


Jenis tak reti hargai orang...
kalau kita hargai pasangan kita, takkan sanggup kita nak lukakan hati dia kan..macam aku cakap tadi isteri kau tengah pregnant, kenapa tak hargai dia..orang lain susah sangat nak dapat anak kenapa bila kau bakal ada anak taknak hargai anugerah tuhan tu..boleh pulak sakitkan hati isteri yang tengah pregnant tu..tak kesian ke..adoyai..haih marah aku nie..bila kena pada kawan baik sendiri dah tentu korang pun akan bengang an..


Jenis tak bersyukur...
ha yang ni jenis tak makan saman punya..yelah dah dapat isteri cantik/suami hensem, masih lagi tak bersyukur..ape yang dorang nak sebenarnya aku pun tak faham..isteri/suami dah layan baik punya pun boleh lagi nak layan-layan orang lain..kalau kau suke sangat dengan orang yang kau layan tu, apa pasal kau tak kawin jer ngan mamat/minah tu dulu..awatnya menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain jer..haih


Jarak jauh...
Bila jauh memang senang sangat nak curang kan..yela takde sape tau kau buat ape kat sana..yela mula-mula taktau jugak..tapi kalau tuhan nak tunjuk tu jauh berjuta batu pun boleh tahu..bukan mudah nak sembunyikan sebuah pertualang..*ni dah macam ayat novel jer..
isteri/suami kau susah payah datang jenguk kau tiap minggu, tapi kau boleh tak hargai dia..boleh pulak kau ambil kesempatan ekk..
tapi tak semua..yang duduk satu rumah pun boleh curang, tapi bila duduk jauh lagi mudah kau buat hal an..tapi bila duduk serumah tu jangan lah pulak jadi king dengan queen control..kang lagi parah pulak..


Saling berahsia...
dalam rumahtangga sebenarnya takde istilah rahsia..ape jua masalah mesti perlu kongsi dengan pasangan..ini tak..semua nak rahsia..akaun fb, email, ym, tweeter semua nak rahsia..ape salah kongsi semua..jadi bila semua pasangan kita tau, nak buat hal tu berkuranglah sikit dalam 80%..jujur,percaya, kerjasama, bertolak ansur, saling memahami, perlu ade..kalau tak pincanglah lagu rosaklah irama..*eh dialog filem ape pulak ni


Play Girl/ Play Boy...
Okey kalau tak boleh buang sikap kau yang suka main-main tu, baik janganlah kau kawin lagi..kau play-play lah puas-puas..*eh bukan maksud aku galakkan pulak kau sakitkan hati orang ye..kawin bukan benda yang boleh di buat main..kawin hari ni esok cerai..cerai adalah perkara yang di murka Allah swt..bukan sikit-sikit belanja nak kawin, semua orang terlibat..pikirlah family, anak, saudara-mara...kalau kau rasa susah nak buat, jangan kawin..tu je..jangan susahkan dan sakitkan hati orang..


okey cukuplah 6..ade banyak lagi tapi korang boleh tambah dalam hati ye..hehe..pada aku yang sebenar-benar punca ialah melayan..kalau takde sikap suka melayan ho heh ho heh tu, takde timbul nye masalah macam ni..pada minah/mamat yang melayan suami/isteri orang ni, cukup-cukuplah..sampai hati kau an sakitkan hati kaum sejenis kau..kau bergembiralah atas kesedihan orang lain..pasti suatu hari kau akan rasa juga benda yang sama..
it's KARMA beb..What goes around, will comes around...


-gambar insan google




p/s : pada teman aku, harap kau banyak-banyak bersabar..mungkin ape yang berlaku ada hikmah yang tak ternilai yang kita taktau...


p/s : maaf jika penggunaan bahasa kasar..


note : pada rakan blogger, aku boleh jadi penulis buku motivasi keluarga bahagia tak..?kuang kuang kuang...ape pun tak boleh :D

Wednesday, 20 July 2011

Wordless Wednesday #5 | Dulu Lain Sekarang Lain

Assalammualaikum





Friday, 15 July 2011

Putih Tak Semestinya Cantik, Gelap Tak Semestinya Buruk

Assalammualaikum


Siapa cantik kat sini...?angkat tangan macam saya...hehe..takpe semua boleh angkat tangan sebab semua manusia yang dijadikan tuhan semua cantik-cantik belaka..cantik tu subjektif...pandangan setiap orang mengenai kecantikan juga berbeza..


Kita tengok seseorang tu tak cantik..tapi pada orang lain pulak cakap dia cantik...  


contoh : 
aku pernah tengok sepasang kekasih ni jalan beriringan..si perempuan tu aku tengok sangat-sangatlah cantik..macam model...dan aku tengok lelaki di sebelahnye berkulit gelap dan biasa jer..*jahatnya aku bayangkan si lelaki tadi mesti mukanya ade iras-iras brad pitt..okey di situ dah tunjukkan cantik itu sangat subjektif...


Yang berkulit cerah, putih, orang cakap cantik..betul ke..?pada pendapat aku tak semestinya..orang yang berkulit gelap cantik jugak..kadang-kadang yang berkulit gelap tu hidung dia mancung bak seludang, mata bulat, bibir munggil..cuba korang bayangkan dia kalau dia berkulit cerah, mesti cantik sangat kan...walaupun gelap tapi tetap ade manis betul tak...


orang cakap hitam itu menawan...hitam itu keunggulan..hitam itu mutu..*eh ni iklan ape ni..dan betapa orang seni memuji gadis yang hitam manis...siap ada lagu lagi..*sila nyanyi lagu di bawah dengan picing yang betul ye..


"Hitam manis hitam manis,
Yang hitam manis,
Pandang tak jemu pandang tak jemu,
Yang hitam manis pandang tak jemu"




pada sesiapa yang rasa diri dia gelap tak lawa, buang perasaan itu ke laut...kerana setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan kelebihan..
*eh aku buat motivasi ke nie..


pernah cikgu sekolah aku cakap..
cikgu : saya suka kulit gelap" *padahal dia kulit cerah..
kami : "kenapa cikgu suka kulit gelap?"
cikgu : kulit gelap lambat mati..
kami : aikk..?nape cikgu..?
cikgu : kulit cerah mudah dapat kanser kulit kalau terdedah pada sinaran matahari yang berbahaya..


aku pun taktau betul ke tak cikgu aku cakap tu..mungkin dia saja bergurau kot..haha..fakta ke auta mintak korang sahkannya..hehe


aku ade seorang kawan yang berkulit sangat cerah masa aku di asrama zaman hingusan dulu, walaupun berkulit cerah tapi muka kawan aku ni sangat bermasalah..sangat kasihan aku tengok dia..kulit muka dia merah-merah banyak sangat jerawat..sampai tiap-tiap bulan ade appointment dengan pakar..


dan kawan aku yang berkulit hitam manis, sangat licin mukanya dan takde lansung jerawat dan parut..jadi begitulah ye..cantik sebenarnya pada aku cukup sifat anggotanya...luar bersih dalam pun bersih insyaAllah pasti cantik.. :D


sekian untuk motivasi untuk hari ini..kenali diri, kenali jiwa, pasti berjaya...haha ada macam dato fazilah kamsah tak..?ape pun boleh lah.. :D




-gambar ihsan google


note : ade jugak yang berkulit putih kuning telur, sawo matang, kuning langsat pun ade..boleh pilih-pilih mana yang berkenan..hehehe..



Thursday, 14 July 2011

Habis Madu, Sepah Dibuang Bersepah

Assalammualaikum


Hye kepada semua rakan blogger...macam yang korang semua tau ye madu ade macam-macam jenis...ade madu lebah, ade madu 2, ade madu 3 dan ade madu 4..habis madu sepah di buang ni boleh di bahagi kepada banyak perkara ye rakan-rakan.. :p


PERKARA 1
Untuk orang lelaki mesti mereka suka pada madu 2, 3, dan 4...hahaha..perkara biasa..lumrah dan ianya nya pun sah disisi agama..tapi ade ke perempuan yang sanggup hidup bermadu...?kalau korang tanye sape pun mesti tak sanggup (termasuk aku) haha..sakit hati kan bila perlu kongsi-kongsi...


Aku selalu baca ruangan keluarga kat surat khabar utusan mingguan...macam-macam masalah keluarga yang aku baca..antaranya suami berpaling arah..kawin lagi satu...bila nak kahwin lagi satu macam-macam alasan..masa mula-mula kawin semua start dari zero..ye zero..susah senang bersama isteri pertama..mula-mula kawin naik moto, dapat kumpul duit sikit beli lak kereta, lepas tu bila dah senang konon bisnes berjaya mula lah mata meliar cari lain..ni lah dikatakan habis madu, sepah dibuang bersepah..


alasan biasa : 


isteri tak pandai bergaya*padahal isteri mintak beli baju baru taknak belikan,
isteri kuat berleter*padahal dia taktau saidina umar yang terkenal dengan sifat garang(sampai kan syaitan/iblis sampai ikut lorong lain sebab takut sangat nak bertembung dengan saidina umar)tapi bila isteri berleter beliau diam saja..alasannye..beliau sayangkan isteri beliau dan pengorbanan isteri tidak ternilai,
isteri selekeh*bila isteri mintak nak pergi buat facial,pergi spa suami kata tak payah cuci muka kat rumah jer, membazir...
isteri itu, isteri ini..ye mudah mencari alasan..buat alasan demi mencapai sesuatu demi kepuasan diri..


Kawin banyak takpe kalau boleh jamin adil pada semua isteri..kalau gaji setakat 3 ribu tak payah la kot...itu dah menganiaya isteri..yela bila dah kawin lagi satu, isteri pertama sampai terpaksa cari nafkah sendiri untuk tambah pendapatan..yela dah gaji kecik mestilah dah kena bahagi...confirm isteri kedua di layan penuh kasih sayang yela benda baru an...pada pendapat aku, yang bergaji kecik ni tak perlu kot nak gatal-gatal kawin banyak..yang gaji banyak pun usahlah sebab pikirkan lah perasaan isteri tu..pikirlah betapa hati perempuan ni sangat la sensitif dan amat2 mudah terluka..lain la isteri tu sakit atau dah tak mampu nak layan suami..


PERKARA 2
Seorang kawan yang berbuat baik pada kita tak semua sama niat dengan hati..kita diangkat sebagai kawan sebab kita ada duit, sebab nak mintak tolong kita tumpang kan dia tiap-tiap hari pergi kerja tanpa bayar sesen pun, hanya nak mempergunakan kita, ajak buat bisnes mlm, lepas dah buat loan dengan bank dan bagi duit lepas tu hilang..janji nak tolong tapi dia jalan melolong..ade jugak kita ajarkan dia sesuatu perkara tapi bila sudah pandai, tidak lansung menghargai kita malah menabur fitnah pulak..korang pasti biasa jumpa kawan macam nie..masa kita senang punya lah baik...kita punya lah tak berkira dengan dia walau bentuk apa sekalipun..tapi bila kita susah..?sekelip mata nombot telefon tiada dalam perkhidmatan..
betul lah dalam 1000 orang kawan yang kita ada, sebenarnya kita cuma ada seorang sahabat je....                     
jadi ini juga dikatakan habis madu sepah dibuang bersepah


PERKARA 3
Erm sedap betul minum air ais beli dekat gerai tepi jalan tadi..bila dah habis minum buang pulak plastik dari tingkap kereta je..ade kadang-kadang tu botol mineral dibuang dari tingkap..kita yang ikut belakang kereta dia terkejut bukan kepalang ingat ape lah objek yang tetibe melantun tu..agaknya dalam fikiran orang yang buang tu, "takpe aku buang satu jer..nanti kena gelek dengan lori hancur lah botol tu.."haha..kalau seratus orang pikir camni teruklah alam sekitar kita..bukankah buang sampah ikut tingkap kereta ni berbahaya kepada pengguna jalan raya..terutama yang menunggang motor..kalau di sebabkan botol tu yang menyebabkan penunggang motor tu jatuh tergolek macam mana..?
jadi buanglah sikap habis madu sepah di buang bersepah nie..buanglah sampah di dalam tong sampah.. :D


Sekian untuk kempen hari ni...aku cadang 3 jer..yang lain-lain korang tambah ler mana yang patut..kalau ade pendapat korang mengenai habis madu sepah dibuang bersepah boleh lah kita share-share kat sini ye...



p/s : cerita ini takde kena mengena dengan kumpulan sepah ye..ape pun tak boleh..haha..



Wednesday, 13 July 2011

SEGMEN KENALI BLOGGER SPORTING

Assalammualaikum..


Salam 1 Malaysia..sape sporting kat sini..?jom join segmen blog Ini Kisah Tia ni...nampak macam best..nak tahu best ke tidak, mari join ramai-ramai.. :D Nak join klik jer banner kat bawah tu...









  • Jantina : Perempuan
  • Umur : Muda lagi..25 baru..hehe..
  • Status : Sudah berkahwin 
  • Tempat tinggal : Perak

okey tia..siap!!! :D


Wordless Wednesday #4 | Tolong Cadangkan....

Assalammualaikum


-gambar ihsan google


Monday, 11 July 2011

Baru Balik...

Assalammualaikum...

-gambar ihsan google
Sudah 5 hari aku tak update blog kerana aku sibuk di kuala lumpur.aku nak minta maaf pada semua blogger yang singgah blog aku sebab aku tak dapat balas jejak korang semua selama 5 hari ni..*budget banyak sangat la orang singgah :p..terpaksa lupakan blog selama 5 hari yang lalu bila aku di kejutkan ayah mertua aku masuk hospital sebab muntah hitam.alhamdulillah sekarang beransur sihat walaupun tak keluar hospital lagi.tengahari rabu aku dengan hubby dan ibu mertua aku bergegas pergi hospital..jadi 5 hari lah kami berulang-alik ke hospital..doakan ayah mertua ku sembuh dan boleh keluar hospital dengan cepat ye korang semua.. :)


Dekat sini aku nak la kongsi sepanjang aku berada di kuala lumpur hari tu. korang mesti tahu pasal perhimpunan BERSIH kan...ye BERSIH...tak seindah nama..aku bukan nak berpolitik kat sini..dan aku tak pandai berpolitik..siapalah aku nak bercakap..?aku juga tidak tahu pasal berpolitik..tapi kat sini aku cuma nak luah rasa tak puas hati aku sebab perhimpunan ni sebenarnya banyak menyusahkan rakyat Malaysia.korang bayangkan kami yang berulang-alik nak ke hospital ni kena hadapi jam yang teruk..bayangkan kesusahan kami macam mana...hari jumaat lepas aku dan ahli keluarga aku sampai rumah pukul 4 pagi padahal kami dah keluar hospital dari pukul 10 lagi..padahal dari hospital ke rumah kakak ipar aku cuma 30 minit je..sudahlah penat sehari suntuk di hospital.memang jalan jam teruk sangat-sangat..bukankah itu menyusahkan semua pihak..?apa yang kita dapat dari semua tu..?aku tak salahkan pihak polis buat pemeriksaan macam tu.itu tanggungjawab mereka..yang aku sangat terkilan mereka-mereka yang sanggup susahkan orang lain demi kepentingan peribadi.mereka-mereka yang menyebabkan semua ni perlu berlaku..


Adik ipar kakak aku dari pahang tersangkut dekat gombak lebih 4 jam.sampai kereta beliau terpaksa parking tepi jalan sebab temperature naik.bayangkan macam mana mereka-mereka yang berkenaan susahkan orang..?lepas itu kedai-kedai banyak tutup.mungkin perniaga takut ade rusuhan.entahlah...aku rasa kalau ada yang tak puas hati pergilah pada jalan yang betul..tak perlu sampai susahkan sesiapa..bersyukur lah dengan aman damai yang kita ada sekarang, sebelum kita hilang semua apa yang kita miliki selama ni..


sekian..




p/s : maaf kalau ada yang tak suka apa yang aku coretkan nie..tapi segala luahan ini berlaku pada aku dan aku nak kongsi pada korang semua..terpulang untuk terima atau tidak.kita ada akal fikiran untuk fikir baik buruk sesuatu perkara..





Wednesday, 6 July 2011

Wordless Wednesday #3 | Yang Mana Jadi Pilihan..?

Assalammualaikum


-gambar ihsan google


Tuesday, 5 July 2011

Meragam Je Pun

Assalammualaikum


Yeah memang lumrah manusia hidup kat dunia ni ada macam-macam ragam.tak kira lah ape bentuk ragamnye itulah yang mewarnai kehidupan kita kat dunia ni kan.kalau takde ragam suram lah perjalanan hidup kita nie..tapi ada juga ragam yang perlu kita ubah untuk hidup yang sihat lagi murni..wah serius bunyinye entri kali ni..haha..aku nak kongsi ape yang aku nampak di sekeliling aku..jadi ini mungkin boleh tambah pengetahuan korang untuk hadapi hari-hari mendatang..


Ragam biasa yang kita hadapi bila umur kita semakin meningkat...


Bila sudah bekerja, orang sekeliling sibuk tanya
" bila nak kahwin ni..dah ade kerja boleh la kahwin..sudah ada duit sendiri..."
erm sesetengah orang mungkin pikir cari jodoh tu satu perkara yang mudah macam pergi beli ikan kat pasar..huh tak semudah itu..kita nak hidup dengan seseorang untuk seumur hidup..tak semudah nak cari macam orang yang bertanya..tentulah kena cerewet sikit..perlulah ada ciri-ciri yang islam sarankan untuk kita cari pasangan an...
Kalau tak kahwin-kahwin lagi bila umur dah meningkat, orang sekeliling akan cakap, ha tu lah memilih sangat..kan dah jadi anak dara/ bujang tua..orang hanya boleh bercakap dan bertanya...orang yang merasa..?
mereka juga lupa jodoh di tangan tuhan..kalau ada jodoh tak ke mana..betul tak..


Bila sudah berkahwin, orang sekeliling akan sibuk lagi bertanya
"dah setahun kahwin tak mengandung lagi ke..?
"sambil pegang-pegang perut orang yang ditanya dan cakap dah ade isi ke ni.."
la..dah perut orang tu kempis jer dan tak bulat..kenapa mesti tanya lagi..?
saja-saja nak sakitkan hati orang..?
ada pulak yang lebih dasyat, "eh kamu ni mandul ni, lambat betul setahun masih takde anak lagi..."
ada pulak yang baru jumpa seminggu lepas tanya lagi soalan yang sama, 
"eh bila kamu berdua bila nak ada anak..?" hahaha..
kenapa kolot sangat ye pemikiran segelintir masyarakat manusia hari ini..senang saja nak bagi jawapan kat orang-orang macam ni.."apa kata kamu tanye saja tuhan..sebab DIA yang memberi rezeki..bukan aku yang boleh tentukan apa yang aku mahu...aku hanya boleh berusaha..selebihnya hanya tuhan yang menentukan.."hahaha.mungkin mereka lupa rezeki yang kita dapat tak kira ape kat atas dunia ni adalah dari tuhan..mungkin mereka-mereka ni juga kurang pengetahuan mengenai rezeki, jodoh, ajal maut semua di tangan tuhan...sangat kesian....kalau tuhan nak bagi sesuatu rezeki tu takkan lambat walau sesaat Dia akan bagi..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..



Bila sudah ada anak 7,8 orang, orang tetap juga akan bertanya
"ramainya anak..?"
"tak rancang ke..?"
"nape tak cukupkan aje satu team bola..?"
masih lagi soalan yang menyakitkan hati orang..?
tak boleh ke kita cakap "alhamdulillah murah rezeki kamu.esok kamu sudah tua ramai anak boleh jaga kamu"
 tak boleh cakap benda-benda yang baik dan menyenangkan hati orang..?
haih macam tulah manusia yang tak pernah bersyukur atas rahmat dan kasih sayang Allah...mereka hanya melihat dari sudut negatif tanpa melihat ape kebaikkan/hikmat atas sesuatu kejadian itu..


Bila anak meningkat dewasa, ada lagi soalan..
"anak kamu periksa dapat berapa A?"
"eh anak kamu hantaran/mas kahwin berapa pihak lelaki bagi..?"
"menantu kamu kerja bagus ke?"


Begitulah soalan demi soalan akan terus ditanya hinggalah nafas kita yang terakhir...
kadang-kadang aku pelik...tidak ada kerja ke orang yang suka sangat tanya soalan-soalan yang menyakitkan hati orang nie..?dunia makin maju dan moden tapi pemikiran kolot masyarakat kita hari ni tak pernah luput kan...
jadi jika tidak mahu soalan-soalan yang menyakitkan hati ini ditanya pada anak cucu kita, janganlah kita buat pada orang lain. mudah saja..apa saja yang kita buat, akan terkena juga pada kita suatu hari nanti..jangan pernah lupa dunia ni berputar..tidak selalunya kita di atas..
Senang jer nak faham..What goes around, will comes around.
It's KARMA beb! 


gambar ihsan google - jaga mata, jaga telinga, jaga mulut..insyaAllah hidup bahagia :D


sekian


p/s : maaf jika ada terkasar bahasa :D ape pun tak boleh..hehe


Sunday, 3 July 2011

Sugar Glider

Assalammualaikum...


Sugar Glider..?ape bendanye tu...?nama baru untuk sugar daddy...?haha..pada yang tak tahu, meh nak bagitahu...sugar glider nie sejenis haiwan yang boleh dipelihara...banyak terdapat di New Guinea, Australia..aku pun baru tahu pasal haiwan nie lepas tengok majalah 3 semalam..sape ade tengok..?angkat tangan macam saya..hehe...rupa-rupanye dah jadi trend anak-anak muda sekarang pelihara sugar glider nie..siap bawak pergi shopping complex dengan membiarkan sahaja haiwan ini merayap-rayap di atas kepala dan badan tuannye..haha..jakun lak aku..mintak maaf kawan-kawan..aku terpaksa kongsi kejakunan aku ni dengan korang semua supaya kita sama-sama jakun..kuikuikui..


Ape yang majalah 3 bagitahu aku semalam *macam aku sorang jer tengok tv..sugar glider nie ade kantung di perutnye macam kangaroo dan haiwan nie suka sangat makan buah-buah yang manis..untuk pengetahuan korang pelihara sugar gilder ni tak susah sangat macam jaga arnab..ye sebut pasal arnab, tahun lepas aku ada bela 2 ekor arnab..yang hitam namanye sudin, yang putih lak peah..jaga arnab memang perlu penjagaan yang rapi..sangkar arnab perlu sentiasa bersih sebab arnab nie mudah kena kurap...jadi aku dan hubby terpaksa memberikan mereka pada orang sebab ketiadaan masa untuk kami memberi komitmen yang tinggi terhadap mereka..huhu..sangat sedih memberi haiwan kesayangan pada orang..sebab dari mata sudin dan peah aku dapat rasakan yang mereka tidak rela berpindah tuan..*budget tahu perasaan haiwan...haha..sejak itu aku taknak lagi membela haiwan kerana akan menyebabkan kami mengalami kemurungan yang amat dalam...hahah..gile skema ayat aku malam ni..mintak maaf kawan-kawan..ini adalah akibat tengok majalah 3 semalam...hahahhaha..


Tapi bila melihat sugar glider semalam, teringin pulak aku bela haiwan tu..sangat comel kawan-kawan..nak pegang pun senang sebab mereka sangat comel dan kecil..haiwan ni sangat manja dan mudah mesra dengan manusia..aktif pada waktu malam dan tido pada waktu siang...harga seekor sugar glider nie boleh mencapai ratusan ringgit dan haiwan ni tak mengigit..cuma masalahnya sugar glider nie selalu mengalami obesiti..haha.. dengar klakar an..sebab tu namanya sugar kot..haiwan nie suka makan benda manis dengan asyik makan jer agaknye..hehe..jadi penyelesaiannya korang cuma beli roda mainan yang di letakkan dalam sangkar dia supaya dia boleh exercise setiap pagi..haha..adoi klakar an..lagi satu sugar glider ni tak boleh di mandi sebarangan *takut kena selesema yang teruk kot.. dan nak potong kuku dia pun ada cara..


Untuk pengetahuan korang sugar glider ni dah ade Kelab Sugar Glider Malaysia.dari situ korang boleh berkongsi cerita dan masalah pasal sugar glider korang.jadi tak perlu risaulah untuk korang nak pelihara haiwan comel ni..


-gambar ihsan google...ni lah dia si comel sugar glider
-gambar ihsan google.. eee comelnye.........
nie lah peah..tinggal kenangan..huhu
nie sudin ketika bergambar di rumah ibu mertuaku...hitam itu menawan...


sekian....




p/s : Mintak maaf sebab entri kali ni dah macam discovery channel..haha..





Saturday, 2 July 2011

"SEGMEN JOM FOLLOW DAN KOMEN"

Assalammualaikum


Jom join segmen dari seorang blogger Ini kisah Tia...
Beliau seorang blogger yang cekal untuk bantu blogger yang followers nye masih tahap rendah seperti aku... aku harap segmen ni boleh bantu aku untuk aku terus maju dalam penulisan blog ni...setakat ni followers aku cuma 172..huhu..satu angka yang masih rendah pada aku...sesiapa yang nak join boleh klik banner kat bawah yek..








note : sudi-sudi kan lah follow blog yang tak seberapa ni ye.. :D



Friday, 1 July 2011

Otak Lagi Berkembang Dengan Blog

Assalammualaikum...


Selamat petang semua...apa khabar..sihat..tengah buat ape tu?ayat biasa untuk menulis karangan tidak rasmi..hehe...aku cuma nak kongsi yang sejak aku berblog ni otak dan pengetahuan aku semakin berkembang..taklah macam katak bawah tempurung je..tapi katak sekarang tak duduk bawah tempurung dah an..dorang dah duduk atas batu dah..hehe..otak aku jadi cergas dengan macam-macam isu semasa aku sedut...dengan berblog ni banyak info yang aku dapat..banyak pengajaran yang aku belajar...banyak ilmu yang aku kaut...banyak isu yang aku dapat..sebelum aku berblog, facebook jela dunia aku..


Bila dah berblog ni, kadang-kadang dalam sehari tu takde lansung bukak facebook..entahla..aku rasa facebook ni macam satu laman yang menyibuk hal orang aje..itu pendapat aku..


Facebook ni aku suka dari segi kita ambil tahu aktiviti kawan-kawan bukan ambil tahu sampai hal dalam kain orang..okeylah kalau facebook dijadikan tempat perjumpaan kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan dan interaksi antara kawan-kawan kita yang jauh..tapi sesetengah orang jadikan facebook ni tempat bergaduh, mengumpat, mengenakan orang, maki hamun orang...aku dah muak dengan dunia facebook yang makin lama makin membosankan...


contoh...


apabila seseorang share sesuatu di wall nye 
"ee aku geram gile ngan budak ni..sakit hati aku...bla..bla..."


Lepas tuh tak sampai 2 minit berjela-jela komen bawah post beliau...dan yang lain-lain pun menyibuk ingin tahu..haih..yang tukang post tadi mula-mula macam marah sangat..tengok kat bawah boleh pulak bergurau senda...kadang-kadang fb ni aku rasa boleh menjatuhkan aib orang dan tempat meluahkan perasaan yang melampau sangat..semuanya nak bagitahu...nak makan bagitahu..nak tido pun bagitahu..semuanya lah sampai kadang-kadang hal-hal rumah tangga..aku rasa tak perlu kot bagitahu..orang yang baca akan fikir bukan-bukan sebab kadang-kadang penyampaian kita tu tergantung...orang yang baca tak tahu pucuk pangkal dah buat andaian...lagipun mungkin yang memang ada hati dengan pasangan kita, mereka akan ambil kesempatan atas ketidakbahagiaan rumahtangga kita...hal dalaman aku rasa tak perlu publish kat wall..tak perlu kot untuk tontonan umum..itu mengaibkan pasangan kita sendiri..berdosa besar tahu..


Facebook jugak aku tengok dijadikan tempat seperti menunjuk-nunjuk..letak gambar gelang emas ditangan..letak kat wall sambil tulis caption gambar "hubby beli gelang baru untuk kite.."haha...jangan salah faham kawan-kawan..ni bukan ayat jeles ye..haha..perlu ke kita tunjuk dengan semua orang kita baru beli ini..baru beli itu..haih..tak perlu kot..


Lagi satu suka sangat letak gambar yang menghairahkan orang lelaki tengok..suka sangat bergambar dengan mulut termuncung-muncung camtu..haih..elok ke camtu..lepas tu rosakkan perkataan dengan menambahkan huruf w..apew, kitew...buruk jadinya perkataan tu..


Bila berblog ni aku rasa tenang je..seronok kongsi macam-macam hal dengan kawan-kawan dekat blog..dapat tambah kawan baru lagi yang aku rasa lebih jujur berbanding kawan kita sendiri..blog pun di jadikan satu tempat luahan perasaan..tapi kebanyakkannya luah secara berhemah..dan ada huraian...dari situ orang faham apa yang kita nak sampaikan...ini bukan membebel tapi memberi pendapat dengan apa yang aku tengok...pada yang tak setuju aku mintak maaf :D ape pun tak boleh..haha..


-gambar ihsan google




note : aku budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan :D



1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Assalammualaikum

Jom semua..nak pergi mana..?aku nak ajak korang buat larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..wah semua satu..esok semua sekolah akan buat larian ni di daerah masing-masing..mesti syok nie..*konon semangat kesukanan sangat..haha..tadi pk koko aku dah umumkan esok kena sekolah..ape yang penting akan ada cuti ganti..haha..itu satu perkara yang seronok sebab esok semua di benarkan balik pukul 12.30..wah untungla camtu an..hehe..okey nak aku nak bagi info sikit pasal larian ni..

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia ni sebenarnye bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. *aku petik dari surat khabar..haha..gile skema ayat..

Okey lagi satu info kalau korang nak tahu Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia nak mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian. wah kiranya aku join nie kira aku cipta rekod  The Malaysia Book of Record la ye..*padahal bukan jauh sangat nak larinye pun..buat larian pusing padang daerah jer..haha..jangan marah kawan-kawan sebab itu pun satu kebanggaan yang harus di kecapi dengan gilang gemilang..haha..

Nak tahu maklumat lanjut pasal larian ni, korang boleh layari laman web http://moe.gov.my/bsukan.



-gambar ihsan ppd hilir perak






note : esok kalau ada kesempatan aku update esok yek..haha..*budget ade orang nak baca..ape pun tak boleh :D