Wednesday, 22 February 2012

Alhamdulillah..24 minggu sudah...

Assalammualaikum...


Huh penuhnya habuk kat blog aku ni..haih tak tahu lah mana pergi semua mood nak menulis kat sini..tah ada ke tak rakan-rakan blogger jenguk blog aku nih..huhu sadis..sejak awal pregnant aku memang sangat tak boleh nak buka blog aku nih..rasa nak termuntah..pembawakkan budak lah tu agaknye ye..


Pejam celik my little junior dah 6 bulan +++ duduk dalam perut aku nie..membesar bagai juara..haha..sangat aktif bergerak dan berpusing-pusing dalam perut aku ni..hehe..tak tau nak gambarkan macam mana betapa bahagianya bila my little jr tu bergerak-gerak dalam perut aku..geli hati bila tengok perut sendiri berombak-rombak ditendang khalifah kecil kat dalam tu..Agaknya itu lah nikmat yang Allah beri pada ibu-ibu mengandung ni..


Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan masa pregnant ni, tapi bila tau my little jr sihat dan aktif kat dalam tu tak terasa segala dugaan yang datang tu..alhamdulillah setakat ni aku sihat dan boleh dah makan macam biasa..sebelum ni tak boleh makan nasi lansung..bila dah masuk 5 bulan barulah alah tu semua hilang dengan sendirinya..


Pada rakan-rakan blogger yang sedang melalui proses seperti aku, korang mesti kuat dan banyakkan sabar..sebab segala dugaan dalam mengandung ni menjadikan kita seorang yang tabah dan kuat bila kita dah jadi ibu nanti..


minggu 24 - sumber gambar babycenter


Sekian.

2 comments:

Hana Soffelia said...

Same with me dear.. hana pun br blh berblog semula. Mcm2 dugaan kn nk jd ibu ni. keep blogging ye. Suka dgr kisah2 mommy-to-be ni..

SweetLikeWhat said...

hana : hye hana...same2 kite kongsi pengalaman yek...