Thursday, 23 February 2012

Tempek Gambar Khalifah Kecil

Assalammualaikum..


Hye rakan blogger yang masih sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Moga kalian semua dalam lindungan dan kasih sayangNya.


Hari ni mood rajin nak tempek gambar my little jr yang masih aktif duduk dalam perut mama dia ni. Gambar kat bawah ni masa my little jr baru 8 minggu @ 2bulan..Jadi tak nampak lagi kaki tangan semua..hehe..


nampak tak?hehe
Okey yang ni masa minggu ke 20 @ 5 bulan...Masa ni doktor fokus tulang paha sebab nak ukur samada ukurannya sepadan atau tak untuk 20 minggu.


:)
Sejak awal mengandung lagi aku memang check up dengan klinik kesihatan memandang kan aku seorang kakitangan awam yang berdedikasi.hehehe..*takde kena mengena lansung


Selalu aku pergi checkup waktu petang sebab tak ramai sangat orang dan tak lama sangat nak tunggu giliran. Jadi pukul 2pm aku lah yang selalu tertonggok depan klinik dan menyebabkan aku dapat tempat pertama..hehe..selalunya dalam tempoh sejam semua dah settle..Lagipun klinik kesihatan ni baru. Sangat selesa, banyak tempat duduk dan berhawa dingin..Bak kata orang perak "idak ler jenuh nunggunye"..hehe..


Ada masa hubby akan teman kalau dia tak sibuk. Tapi kalau takde papa teman, anak mama dalam perut ni ada temankan mama kan..hehe..


Tapi kesimpulannya dalam tempoh mengandung ni macam-macam pengalaman manis yang aku dapat. Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku lalui pengalaman yang sangat berharga ni. Moga dipermudahkan segala urusan ku..amin..


Sekian.

Wednesday, 22 February 2012

Alhamdulillah..24 minggu sudah...

Assalammualaikum...


Huh penuhnya habuk kat blog aku ni..haih tak tahu lah mana pergi semua mood nak menulis kat sini..tah ada ke tak rakan-rakan blogger jenguk blog aku nih..huhu sadis..sejak awal pregnant aku memang sangat tak boleh nak buka blog aku nih..rasa nak termuntah..pembawakkan budak lah tu agaknye ye..


Pejam celik my little junior dah 6 bulan +++ duduk dalam perut aku nie..membesar bagai juara..haha..sangat aktif bergerak dan berpusing-pusing dalam perut aku ni..hehe..tak tau nak gambarkan macam mana betapa bahagianya bila my little jr tu bergerak-gerak dalam perut aku..geli hati bila tengok perut sendiri berombak-rombak ditendang khalifah kecil kat dalam tu..Agaknya itu lah nikmat yang Allah beri pada ibu-ibu mengandung ni..


Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan masa pregnant ni, tapi bila tau my little jr sihat dan aktif kat dalam tu tak terasa segala dugaan yang datang tu..alhamdulillah setakat ni aku sihat dan boleh dah makan macam biasa..sebelum ni tak boleh makan nasi lansung..bila dah masuk 5 bulan barulah alah tu semua hilang dengan sendirinya..


Pada rakan-rakan blogger yang sedang melalui proses seperti aku, korang mesti kuat dan banyakkan sabar..sebab segala dugaan dalam mengandung ni menjadikan kita seorang yang tabah dan kuat bila kita dah jadi ibu nanti..


minggu 24 - sumber gambar babycenter


Sekian.