Thursday, 9 April 2015

Henna

Assalammualaikum

Masa arwah opah aku masih hidup, memang suka sangat berinai..tiap kali balik kg kan mesti jari arwah opah aku merah jer..bila dah makin hilang je dia pakai lagi..arwah opah aku pakai inai daun..gigih arwah opah guna batu giling tu..sampai lah aku pun dah berjangkit suka gila dengan inai ni..hannah pun HAHA..siap mintak lagi mama buat inai sambil tunjuk tangan..

Sekarang ni gila henna pulak..aku cuba-cuba lah buat sendiri..mangko lah kalau tiap kali nak buat kat kedai..haha..asri pening tengok tiap kali harii minggu mesti dua beranak ni buat projek inai..hehe hadeen pulak dengki tau kitorang pakai inai..tengok kakak diam je tunggu inai kering dia pun datang dekat dia usik nya tangan kakak..apa lagi marah lah kakak..HAHA..mama!tengok hadeen!tak cantik dah tangan hannah >.<

Masa adik aku kawen haritu ktorang anak beranak yang kecoh buat henna..pengantin pun tak buat..HAHA..tengok kitorng buat baru lah dia pun nak jugak..jelesss lewww tu..kat sini aku buat kat bridal india..dorang punya seni kan lagi halus kan..masa aku nikah dulu aku buat kat bridal melayu..aduhh geram sangat..dahla tak lawa..tak halus tau hasil dia..henna ni kan art..kalau tak kretif memang tak lawa..


ni bridal india tu buat..halus jer kan


design by me..nak tempah?WASSAP jer..HAHA

Sekarang kerja aku time free-free bukak youtube tengok design henna..nanti nak buat kat tangan sendiri..HAHA..kot dah expert boleh lah jadi henna artist..HAHA..berangan itu free..aku suka test tangan Hannah..dah cuba design ni, hilang cuba design lain pulak..


tengok dekat pipi dia comot tu inai la..tak tengok kat tapak tangan kaki semua lagi T__T

Oklah nanti sembang lagi..Bai!

4 comments:

Allene typicalmommy said...

aku pun suka inai.. henna now dah kurang sbb mil kata serupa tatu... sentap tak mo pakai lg da

Liyana said...

suka inai gak! Tp x suka bila dia dah hampir2 pudar tu buruk nau rupanya haha

Rtp Farra Arisha said...

Hahaha seronok!!! Kena cuba pakai inai as before this never give it a try.

amal said...

hihih amal pun skrg pakai inai kat jari. x pandai nak buat henna. tangan xde seni mcm anez :D