Friday, 19 June 2015

Cerita Satu Ramadhan

Assalammualaikum

Harini dah ramadhan kedua..sekejap je kan..kang tetiba je dah syawal..sebelum syawal menjelma baik aku update sikit cerita ramadhan..kang tup-tup entry raya je aku up hahaha..

Sahur semalam aku goreng ikan rebus lepas tu ada mak mertua aku bagi rendang daging..berbuka pun aku tak masak..mak mertua bagi pengat pisang, goreng pisang, dengan gulai ikan nyonyo masak taucu...pastu aku buat telur dadar buat tambah-tambah..malas dah nak masak kang bazir je..kami berdua je makan ape la sangat..air aku buat sirap bandung..perghhh hilang dahaga!hahaha..

Tahun ni kitorang berazam nak kurang kan pergi bazar ramadhan..kalau pergi pun mungkin beli kuih muih je..terutama kuih limas..masuk peti ais pastu makan sejuk-sejuk..ermmm sedapnye!hahaha..bukan ape bazar ni kang mahal je lebih..sedapnye tak..lagipun boleh jimat cermat..kadang tu lapar mata je..dah berbuka kang tak berusik pun..zaman gst ni baik lah kita berjimat cermat..

Petang ni korang nak masak apa?aku cadang nak masak ayam masak kicap lah..pastu buat agar-agar milo..air pulak sirap bandung lagi..kalau mil aku bagi lauk lagi tak payah la masak lagi..HAHAHA dasar!bertuah duduk dekat mak tau..mak mesti nak bagi jugak kat anak dia juadah berbuka..menantu pun suka hati lah..HAHAHA!


letak gambar budak berdua ni jelah..tak puas kalau tak letak gambar..hahaaha

Oklah lah nanti sembang lagi

BAI!

3 comments:

AnneRaini said...

akak pun malas nak gi bazar.. gi beli kuih je dah.. selalunya tak sedap mknn kat bazar

CikNaa said...

lorrr.. baru nak telan elior nengok gambo lauk..haha..

Raihan Shaklee said...

betul tu masak sendiri lagi jimatkan... wah cam sedap je masak tiap hari..selamat berpuasa ye...