Sunday, 30 August 2015

KTM Ipoh

Assalammualaikum

Aku balik ipoh semalam..malam tadi bawak hannah dengan hadeen pergi ktm ipoh..malam-malam happening gila kat sini..macam-macam ada..orang menyanyi, breakdance, nak sewa rollerblade ada, nak main bubble ada, nak main kereta control ada, memang bestla bawak family riadah kat sini..dulu lengang je oii kat sini..

jem woo nak masuk..ramai sangat orang sebab malam minggu kan..nampak kereta tu gigih dengan bendera bagai..hehe

group ni tengah breakdance 
Ternganga hadeen tengok air pancut kat situ yang siap ade lampu warna warni..tak berganjak wei..mula-mula berdiri tegak je, slow-slow je dia jalan nak pergi kat air tu hahaha..

cantik kan..

pakai baju tido je..mak malas nak tukar..haha

tengok gigih nak pergi dekat lagi

Hannah mintak nak main bubble..rm1 je satu bekas..skuter tu bawak siap-siap dari rumah..takde la kakak pau nak main skuter..haha..hadeen memang aku lepas kan lari-lari..memang jenuh mengejar hadeen ke sana ke mari nak pergi jugak kat air pancut tu..kalau boleh memang die nak mandi kat situ agaknye..

Oklah nanti sembang lagi..

BAI


2 comments:

Allene typicalmommy said...

aku malam memang tak rajin berjalan... uhhuhu

mama ila said...

wahhhh...meriahnye...seronok jugak skali skala bwk anak jalan2 malam