Tuesday, 30 June 2015

Baju Raya 2015

Assalammualaikum

Dah 13 ramadhan dah harini kan..kejap nye masa berlalu..selalu mak aku cakap masa kecik dulu bila dah puasa ke 15 makin rasa kejap aja msa tu..tup tup raya dah..



Korang dah siap ke baju raya..aku sebelum puasa lagi dah siap..hahaha balas dendam tahun lepas dalam pantang tak raya..lega wei dah siap..kalau tak tahun sebelum ni risau je baju tak siap..biasa lah hantar last minit..jenuh follow up tailor..haha



Warna tema kitorang tahun ni warna grey..apa tah mimpi nak warna grey pulak..mak aku bising takde ke warna ceria sikit..hahaha..warna grey ni tak pernah cuba lagi..tu yang aku berani mati cuba pulak tu..aku bukak lemari tengok baju melayu asri, warna ape tak pernah lagi..haha asri memang tiap tahun buat..sebab seluar setiap tahun tak muat tau..al maklum la pengumpul lemak tegar..hahaha ampun bang!!lagipun memang asri pelasak pakai pergi surau segala...jadi memang takleh recycle kikikiki



Baju aku dengan hannah aku guna material chiffon..lepas tu kosong je kan..aku jahit la diamond tapak besi..haha aku pun tak pasti nama sebenar beads ni..aku tengok kat plastik beads ni dia tulis gitu..hahaha


Aku tanya la pendapat kawan aku ape nak buat baju kosong ni..die kata cer try buat beads diamond..femes sekarang katanye..orang jahit kat tudung pun ada..pastu aku perasan tudung naelofar lady D tu ade beads ni kat bahagian tepi kepala..


ni ha lawa kan


ni ha beads nye..aku beli kat GM Klang...tingkat 2 ada kedai melayu..aku dah pusing satu gm klang, kedai die paling banyak manik dan warna..


Kawan aku kata takyah banyak sangat..dekat lengan 2 kuntum sudah..lepas tu kat baju tabur-tabur macam taburan bunga kat kain songket tu..aku pun taknak buat banyak..kang hadeen duk gentel manik kat baju aku je kang..wakakkaa

Apa tema baju raya korang tahun ni?Jom share sikit..

Ok nanti sembang lagi..

Bai!


Friday, 26 June 2015

Shopping di Butik Muslimah Online



Korang suka kan shopping online? Aku pun menggila shopping online ni..senang tak payah bersesak sesak dekat mall..nak cari parking lagi, minyak lagi..tu belum kira hannah pau menan la apa la..haha..nak-nak bulan puasa ni..letih kot nak pusing satu mall dengan budak berdua tu lagi..silap hari bulan kang, balik tangan kosong je..HAHA

Tak payah susah-susah nak cari website mana yang dipercayai..korang shopping je kat ZALORA Malaysia ni..ZALORA Malaysia adalah butik Muslimah online terbaik yang di percayai di Malaysia dan membawakan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang terkenal. Bukan itu je, koleksi pakaian dari ZALORA ni terdiri daripada rekaan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Nurita Harith, Melinda Looi dan ramai lagi.



Ni ha antara koleksi tudung yang berkualiti dan trendi dari ZALORA..lawa kan!aku pun nak satu plsssss..Cakap je korang nak brand ape Naelofar? Sugarscarf? Galeri ARIANI?semua ada!terjah je website ZALORA tu..



Macam-macam fesyen baju kurung/baju kurung moden tau ada kat ZALORA ni dan harga sangat berpatutan dan mampu milik..



Bukan itu je, kalau korang minat kaftan atau jubah moden, ZALORA pun ada..nak patern macam mana, semua ada..ni nak raya ni, korang pakai pagi raya ni perghhhh lawa habis nih! Macam-macam jenama ada wei antaranya Bella Ammara, ZALIA dan ZAWARA.



Kalau nak pakai pakaian kasual tapi muslimah pun ada..cakap je nak macam mana.. skirt labuh, palazzo pants, dress Muslimah dan macam-macam lagi..pilih je tepuk dada tanya selera..hehe

Apa tunggu lagi..korang yang tak beli baju raya tu jom shopping kat ZALORA!

Selamat membeli-belah!

Ok nanti sembang lagi


BAI!

Friday, 19 June 2015

Cerita Satu Ramadhan

Assalammualaikum

Harini dah ramadhan kedua..sekejap je kan..kang tetiba je dah syawal..sebelum syawal menjelma baik aku update sikit cerita ramadhan..kang tup-tup entry raya je aku up hahaha..

Sahur semalam aku goreng ikan rebus lepas tu ada mak mertua aku bagi rendang daging..berbuka pun aku tak masak..mak mertua bagi pengat pisang, goreng pisang, dengan gulai ikan nyonyo masak taucu...pastu aku buat telur dadar buat tambah-tambah..malas dah nak masak kang bazir je..kami berdua je makan ape la sangat..air aku buat sirap bandung..perghhh hilang dahaga!hahaha..

Tahun ni kitorang berazam nak kurang kan pergi bazar ramadhan..kalau pergi pun mungkin beli kuih muih je..terutama kuih limas..masuk peti ais pastu makan sejuk-sejuk..ermmm sedapnye!hahaha..bukan ape bazar ni kang mahal je lebih..sedapnye tak..lagipun boleh jimat cermat..kadang tu lapar mata je..dah berbuka kang tak berusik pun..zaman gst ni baik lah kita berjimat cermat..

Petang ni korang nak masak apa?aku cadang nak masak ayam masak kicap lah..pastu buat agar-agar milo..air pulak sirap bandung lagi..kalau mil aku bagi lauk lagi tak payah la masak lagi..HAHAHA dasar!bertuah duduk dekat mak tau..mak mesti nak bagi jugak kat anak dia juadah berbuka..menantu pun suka hati lah..HAHAHA!


letak gambar budak berdua ni jelah..tak puas kalau tak letak gambar..hahaaha

Oklah lah nanti sembang lagi

BAI!

Wednesday, 17 June 2015

Hannah Pergi Salon Rambut

Assalammualaikum

Kemain kan pergi salon bagai..haha..hannah pergi gunting rambut aje..first time ni bawak die gunting rambut kat salon..sebelum ni aku gunting sendiri je..tau jelah tangan takda bakat ni..dengan senget nye dengan takde style nye..buruk gila aku kerja kan rambut dia..

Hannah rambut dia ikal..nak cakap kerinting tak jugak sebab masih ada yang lurus..haha..aku suruH amoi tu gunting lurus je..bila panjang bawah rambut dia jadi kusut..susah nak sikat..asal nya asri tak bagi potong sebab rambut hannah ni lambat nak panjang..mama dah bawak jugak redo jelah papa..

Aku dah naik rimas dah tengok serabai je..dah masuk mata lepas tu dah la taknak ikat rambut..kalau berjalan tu nak lah dia..kalau kat rumah opah taknak dia ikat..kesian panas..zass kita potong jelah..cuba style rambut pendek pulak..nasib tak nangis gunting rambut..die diam jela tunduk..hehe


panjang dah rambutnya ha

diam je..malu la tu >____<

dah pendek dah..baru kemas sikit ha

Oklah nanti sembang lagi..selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog aku ni..mohon maaf jika ada entry blog ini mengguris hati korang..semoga ibadah kita sepanjang bulan ramadan ni di terima Allah swt..aminn

BAI!

Tuesday, 16 June 2015

Minyak Kelapa Dara D' Aura

Assalammualaikum

Masa mengandungkan hadeen dulu aku ada amalkan minyak kelapa dara ni..tapi dalam bentuk minyak lah..minyak kelapa dara atau virgin coconut oil ni memang banyak khasiat nya..kalau untuk ibu mengandung tu antara nya mudahkan proses bersalin nanti, kulit bayi lahir bersih, ibu sentiasa bertenaga dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan..



Sekarang dah ada bentuk soft gel keluaran D'aura ni..so kalau sesiapa yang tak boleh telan minyak boleh lah cuba yang soft gel ni..telan je dengan air..settle..sebelum tido telan 2 biji soft gel vco D'aura ni..besok pagi bangun senang buang air besar tau..angin dalam badan pun  kurang..lepas tu rasa lebih kenyang..bila kenyang kurang la rasa nak makan tu, boleh lah diet..macam mana nak kurus kan kalau asyik makan aje..ekekeke



Lagi satu yang paling ketara lepas amalkan vco D'aura ni kan rambut aku dah kurang gugur..siyess lepas bersalin teruk tau rambut gugur..aku sampai potong rambut pendek tau..nyaris tak botak je hahaha..tapi lepas amalkan vco D'aura ni alhamdulillah dah boleh senyum dah bila sikat rambut takda rambut gugur dah..rambut kan mahkota wanita..gitewww...



Kalau korang nak tahu info lanjut pasal minyak kelapa dara D'aura ni boleh lah follow instagram, facebook atau website dorang.. 


Instagram : D'Aura HQ Official


Facebook : D' Aura HQ



Website : www.daura.com.my



Wassap : Encik Lukhman - 011-27113091

               Encik Anwar - 017-2991878
Lagi 2 hari kita semua dah nak berpuasa..jom kekal cantik, cergas, sihat di bulan puasa dengan Minyak Kelapa Dara D'aura

Ok lah nanti sembang lagi..

BAI

MRS Hilangkan Sakit Kepala Aku!

Assalammualaikum

Korang pernah dengar MIRACLE REFRESHING SCENT?kalau korang nak tau memang banyak kegunaan dia dari rambut hinggalah hujung kaki..macam-macam kegunaan..boleh buat minyak angin, buat deodorant pun boleh..serum rambut..best kan..



Aku dah try MIRACLE REFRESHING SCENT ni..bila sakit kepala, aku sapu lah kat dahi..perghhh memang lega sangat..berangin sejuk je..hadeen kalau kembung perut malam-malam pun aku sapu kat perut terus lega sambung tido balik..bau pun wangi dan tenang aje..bukan macam minyak angin biasa tau...ni kira minyak angin moden la ni..hiihi



Aku try pulak serum dia..letak kat rambut..perghh lembut wei rambut aku..senang nak sikat..sebelum pakai tudung aku pakai serum ni..memang segar je rasa..bila balik keja bukak tudung wangi je rambut..takda lah bau kepam..kah!



Haritu kan aku bawak hannah pergi gunting rambut..amoi tu adjust la aku beli serum rambut dia..dia suruh bagi hannah pakai..hish taknak aku..tah apa bahannye..mesti banyak guna bahan kimia ke apa..aku kan paranoid sikit..haha..aku cakap dah ada..MIRACLE REFRESHING SCENT ni dari bahan semula jadi tau korang..dari minyak kelapa dara..wangii sangat..aku kadang pagi-pagi sapu kat tangan..macam losyen aku buat..kikikiki..sebab segar sangat rasa nye..



Haritu asri mengantuk masa drive balik dari KL kan..aku selamba sapukan kat pilipis dia dengan harapan tak mengantuk lah kan..terus segar bugar wei..berangin kan..terus celik mata..haha..power gila!



Pastu lagi aku cuba pakai sebagai deodorant..siyes memang segar berangin je..dan boleh hilangkan hitam-hitam di celah-celah peha dan ketiak tau..cuba dulu..kalau tak cuba taktau kome oiii..


bahan nye semua dari semula jadi 

banyak kebaikan dia

kita mencuba merawat yang menyembuhkan tetap Allah swt..usaha, doa dan tawakal..

yang color hijau tu serum...yang color agak kuat kuning tu untuk lelaki..kuat sikit bau dia sesuai dijadikan minyak wangi jugak tau

Nak tau tahu info lebih lanjut pasal MIRACLE REFRESHING SCENT ni..korang follow je Facebook dan Instagram dorang..






No whatsapp : 0139364676 

No office : 03 8940 4045



Oklah nanti sembang lagi..

BAI

Monday, 15 June 2015

Majlis Hari Lahir Hannah Yang Ketiga

Assalammualaikum

Majlis hari jadi hannah ni mak dengan adik aku lah ni yang plan..adik aku kecik sekali cuti semester 3 bulan..rajinlah dia nak sambut besday anak sedara..aku ok jelah..dorang suruh beli kek je..yang lain adik aku order je..mula nya nak buat kami-kami aje..lepas tu adik aku suruh panggil makcik aku dengan jiran sebelah menyebelah..aku panggil la kak ain dengan abang pit..dorang ni memang dekat dengan rumah mak aku..

Sebenarnya cadang nak sambut besday hannah ni sekali besday hadeen nanti lepas raya..tapi dah lambat sangat pulak..extend dua bulan plak jadinye kan..aku pun setuju jelah plan opah dengan adik aku tuh..

Pagi-pagi sabtu tu baru balik ipoh..aku tinggal budak berdua tu kat opah, pastu aku g cari kek lah, goodies bag 4,5 beg , cari ballon, pastu cari deco-deco buat background nak potong kek..majlis simple jer tapi macam tak cukup masa nak buat semua tu dalam 2,3 jam..HAHA..

Dekat 530 baru sampai rumah cari barang..gila betul..makcik-makcik aku dah sampai dah..berlari aku tukar baju..tak mandi pun..kah!


aku isi goodies bag dalam keta je..bayangkan..HAHA

kek aiskrim..hannah nak sangat kek ni..haritu aku makan aiskrim ni bawak la balik pamplet kek ni..jumpa pulak dia..bawak ke hulur hilir pamplet aiskrim baskin robbins tu..kesian pulak haih..mama beli lah tuk kakak ha..

masa ni nak mula baca doa...

besday gurl..malu-malu pulak dia

ecececece

mak perantin nampak gemok ha.. >____<

colorful background theme AKA background tangkap muat..aku cari perkataan happy besday tu tak jumpa!kah!

menu simple aje..agar-agar dengan apam je mak aku buat..yang lain order..air adik aku buat koktail..perlu ke remote astrok tu kat situ?

makcik aku..yang belakang tu sepupu aku..ada makcik aku lagi sorang tak sampai lagi masa ni

dengan ica dengan mummy hannah

adik aku tudung grey dengan kawan-kawannya

potong kek..

hadeen kena pegang tangan..die nak ramas kek tu

hadeen nasib behave je buat hal sendiri ^___^

kat meja tu jugak kamu nak makan kek ye hannah
dah kenapa gambar ni kemudian..haha hentam jelahhhh

kemain selpi atuk..haha

free style katanye...

hadeen pun sibuk gak belek hadiah kakak

mak feeling bukak hadiah sendiri >___<

hadeen tengok je hadiah kakak..nanti ye kita sambut besday hadeen lak

kecoh budak ni nak bukak hadiah yang 3 ketul tu..

Selamat hari lahir yang ke 3 tahun anak mama..semoga jadi anak yang solehah, panjang umur, mendengar kata mama dan papa dan di murahkan rezeki selalu..mama dan papa sayang kamu sangat-sangat!

Oklah nanti sembang lagi 

BAI!



Thursday, 11 June 2015

Happy Birthday Husband!

Assalammualaikum

Amboi tajuk kemain hahaha..semalam besday asri..pagi semalam masuk opis bukak pc baru perasan semalam besday dia..ampunnn! haha siyes lupa sangat..sejak dah beranak dua ni kritikal beno lupa nya ha..nasib asri ni daddy cool..kalau merajuk jenuh la aku nak pujukk..

Aku call orang buat kek konon nak surprise hantar opis dia..ermmm tak berjaya plan aku..orang kek mana nak buat order harini, siap harini hahaha..nak cari kedai kek dah siap pun semua kedai cina..takde sijil halal huhu..kalau nak buat surprise ni tak boleh nye nak buat dalam sehari kan..kena seminggu awal..nak-nak duduk pekan kecik macam teluk intan ni..pergi pulak kedai bunga, tutup pulak kedai yang buat delivery tu..siannnn sangat aku semalam..haha

Last-last balik kerja semalam ajak lah asri makan-makan kat oldtown..aku belanja lah dia minum-minum sambil feeling romantik berduaan..haha takde makna nye..kerja kitorang kat old town semalam teruja button call order tu..bengong dua-dua pun jakun..dah lama tak masuk old town teluk intan ni..dah canggih..hahahaha

Ape je lah aku merepek dua tiga perenggan ni..asalnye nak wish je kat asri..kadang-kadang dia baca gak blog aku ni..kikiki

Ok serius!

Buat suami ku mohd asri...cewahh ayat aku

Selamat Hari Lahir yang ke 29 tahun..tahun depan dah masuk 30..makin tua dah ha..semoga panjang umur, murah rezeki selalu, bahagia selalu dan terus sabar layan kerenah kami anak beranak..haha..sama jela ayat wish kat fb..kah..abang suami dan papa terbaik buat kami..muahciked..hahaha

Dah la kang korang muntah hijo plak..jom layan gambo..



yang dirai..besday boy..boy la sangat >___<

gugurl pun nak jugak..hahaha

hazelnut white coffee..sedappp

roti bakar sapu peanut ni je aku makan..diet..ok tipu!haha aku makan burger jugak..lupa nak snap gambar..sampai terus ngap!dasar kuat makan!

besday boy punya..hish ni goreng kat rumah pun boleh >____<

Potong kek sekali hannah jelah sabtu ni ye bang..sabtu ni opah nak buat besday hannah kecil kecilan aje..jimat duit mak satu kek untuk dua orang..kikikiki..kalau hadeen pun besday bulan 6 lagi jimat...hahaha kedek tul mak kau..

Oklah nanti sembang lagi..

BAI!

Wednesday, 10 June 2015

MH Hotel Ipoh

Assalammualaikum

Aku stay kat hotel ni malam sabtu baru ni..check in jumaat..kawan aku dapat dua bilik kat MH Hotel ni sebab dia organize event opis dia kat sini..jadi dorang ajak lah tido kat hotel ni..memula macam lawak gila kot menginap kat tempat sendiri..yela rumah mak aku 10 minit je kot dari hotel ni hahaha..tapi dah kawan aku ajak jugak, bazir je katanya..aku pun tido jelahhh..benda free apa ada hal..siap bekpes pulak tu..dasar kuat makan..HAHA

MH hotel ni 3 bintang kawan aku kata..agak baru jugak siap..bilik yang kami stay ni rate dia dalam RM238..leh tahan jugak..mungkin sebab tengah pekan ipoh..bilik dia lengkap lah ada mini fridge, kittle, tv flat screen cermin pun besar..dari kepala sampai kaki leh belek..haha..bilik dia tak luas sangat pun..muat-muat aja katil, meja consule dengan tempat sangkut baju..lemari takde..macam hotel style kat jepun kan..eh pandai-pandai je aku..jepun pun tak pernah sampai..haha


banyak cawangan nya ha..

hadeen landing dulu..kemain bersimpuh anak bujang  >___<

mak kan pantang nampak cermin besar..haha

budak kecik ni tadi kat atas..kejap je dah ada kat bawah..padahal katil tinggi gila kot.. -____-



nak buat coffee pun boleh ha..mineral pun dia bagi

toilet nya luas..tapi takda bathtub..toiletries semua ada..

Pukul 800 pagi kitorang turun makan..pukul 1030 baru balik..tak sedar sembang punya sembang..sampai orang yang staf kat situ ingatkan kitorang masa makan hampir tamat..hahaha..dasar!

bulatnya muka mak..haha

ada dim sum..wahh bagus..jarang hotel bagi bekpes ada dim sum..ke aku je yang tak penah jumpa..bape kali ulang kitorang ambik ni..hahah dasar desa!

papa tak tengok kiri kanan dah..kikiki
 
pusingan pertama..HAHA

KAK AIN, ABG PIT...lama dah kenal dorang ni..macam adik beradik dah..


bukan nak makan sangat pun hannah..minum je banyak 

hadeen sorang tak mandi lagi

Checkout pukul 12 terus singgah rumah mak aku jap dan terus balik kg gajah..petang tu asri nak pergi kebun..begitulah percutiaan pendek kami di ipoh..kah!

Ok nanti sembang lagi..

BAI