Thursday, 20 April 2017

Umrah 2017 - Kota Madinah Kesayangan Rasulullah

Assalammualaikum

Sambung lagi. semalam takde entry. bz sikit. hihi. Hari itu kami bertolak dari KLIA pukul 3 petang 14 mac. kami naik saudi airlines. memang terbaik sangat. fa baik-baik, lawa-lawa, senyum je. alhamdulillah dapat area bassinet. takde lah lenguh kaki sangat. tak rasa pun 8 jam perjalanan. macam-macam boleh tengok kat screen tv masing2. aku panggil tv je haha >__< ada channel bacaan al quran, ade cartoon untuk anak-anak, ada channel masjidilharam. hadeen tengok movie moana menangis. ape kena tah. emo sangat haha. makan 2 kali. sedap pulak tu. aku semua pun sedap. kuat makan. hahaha


puding tu sedap nyum nyum

paling sedap!kikiki

amat selesa

papa relax anak2 kat orang HAHA

budak ni tido je dalam flight. alhamdulillah

nak duduk dengan makshu. deme pun tido je. tengok movie kejap pastu tido balik

sampai airport jeddah dah

Sampai jeddah pada 14 mac dalam pukul 7 malam waktu tanah arab. beza waktu malaysia dengan tanah arab dalam 5 jam. kita 5 jam ke depan. alhamdulillah mudah je urusan imigresen. tak lama pun beratur. sempat lagi beli sim card kat situ. HAHA. elok korang beli kat airport sebab murah. satu simcard satu passport. kami ambik internet je. 30 riyal untuk 1gb. aku guna tahan 2 minggu. sampai KLIA balik ade internet lagi. syg rasa nak buang haha. kat sana internet dah 4G tau. laju je walaupun data 1gb je. macam abg ipar aku ambil sekali boleh call. 80 riyal sekali internet 2gb tak silap. lebih kurang pukul 11 malam bus gerak ke madinah. berhenti solat jamak takhir di rnr. sampai madinah dalam pukul 2 pagi. alhamdulillah perjalanan kami mudah sangat. kalau tak ustaz jangka sampai pukul3 pagi. anak-anak pun tido je dalam bus.


perjalanan ke madinah

Sepanjang perjalanan dalam bus ustaz berselawat nabi. yang tak tido ikut sama berselawat. subhanallah sebak rasa nya. mendayu-dayu suara ustaz memecah keheningan pagi. terasa amat2 rindu pada rasulullah. tak sangka kami akan ziarah rasulullah yang dicintai. tak sangka berada di kota madinah  yang amat rasulullah sayangi. tak sangka menjejaki bumi yang ada jasad rasulullah disemadikan. terasa begitu amat dekat dengan rasulullah. perasaan yang tak dapat nak gambarkan betapa sebak, sayu, terharu dapat jejak bumi madinah. tak sedar air mata menitis laju sambil berselawat. bertambah sayu, bila ustaz cakap masyaAllah dah nampak masjid nabawi, kami datang ya rasulullah. kami datang. bertambah laju air mata aku jatuh. dengar suara ustaz menangis. sebak nye tuhan yang tau. aku menulis lagi sekali ni nak menitik air mata bila kenangkan suasana itu. Allah... jemput lah aku lagi..




Turun bus, angin sejuk menyapa. masyaAllah tenang nye rasa. ustaz bagi kunci bilik dan dia suruh kami rehat2. tiga jam lagi azan subuh dia kata. kami naik bilik, rehat mandi makan. terus turun masjid. bebudak dah segar balik pasal dalam flight tido. dalam bus tido. mana tak segar bugar haha. aku sebilik dengan mak, adik ipar, hannah dengan hidzqi. hannah hadeen ada katil sendiri. hadeen dengan asri sebilik dengan mutawwif. bilik sebelah aje hahaha. 



bilik kami di madinah


dengan biras. nak pergi subuh pertama di madinah

semangat nak pergi masjid hihi hadeen tak lepas name tag dia -___-
dalam masjid. pandai kakak jaga adik.

lepas subuh kubah atas tu pun terbuka


 Oklah panjang dah. nanti kita sambung lagi. :)



Baca sini juga hihi




5 comments:

mommy.aisy.hana said...

Tumpang sebak baca.
Rindu jugakkk.
Semogaa Allah izinkan lagi.

mrs kayrul said...

sayu plak hati

Zie Azi said...

sayu hati melihat rumah Allah..
Alhamdulillah jemputan terindah, insyaAllah ada rezeki menjadi tetamuNya

CikNaa said...

anis..bestnya baca.. lain la entry anez kali ni..rasa rindu pada rasulullah..teringin nak rasa mcm anez rasa..

Liyana said...

bestnye,... teringin nak sampai sana