Thursday, 13 September 2018

Farm In The City, Seri Kembangan

Assalammualaikum

Hai korangg..selamat menyambut tahun baru islam 1440H kepada semua umat islam..semoga tahun baru ini membawa perubahan yang lebih baik pada diri kita semua..aaminn..baru sempat nak wish sebab baru bukak blog hahaha..Isnin 10.9.2018 aku dengan geng blogger mak2 pergi melawat farm in the city dekat seri kembangan sana..ni kali kedua pergi..pertama kali pergi dulu takde ahmad..sekarang bawak la ahmad pulak..eh tak bosan tau korangg..pergi banyak kali pun takpe..best sangat macam2 binatang boleh tengok dalam tu..anak-anak paling teruja sebab boleh tengok dan pegang binatang secara dekat..sebelum pergi fitc tu kami makan dulu dekat restoran sodap ayam kampung dekat seri kembangan..lan suggest tempat ni kata nya sedap..makan kenyang2 dulu nanti takde lah anak meragam lapar..dah siap makan baru la gerak ke fitc..

Seeloknya korang masuk awal pagi tau..kita kan bawak anak2, jadi takde lah panas..lagi satu kalau boleh pergi masa bukan cuti tengah panjang..sebab crowded sangat nanti tak dapat nak pegang binatang lama2..Dekat dalam fitc ada cafe tau..anak2 lapar boleh lah kalau nak makan dalam tu..

bergambar ramai2 dulu..sini pintu masuk..wajib bergambar sini tauuu..dalam fitc ni tempat dia semua cantik2 untuk bergambar..sesuai sangat lah untuk mak2 yang suka bergambar ni haha

sini pon port wajib bergamba..bergamba banyak2 dulu kejap lagi dah masuk anak2 tak peduli mak dah..semua teruja dah nak tengok binatang haha

terjumpa ena dan kakak husna..jom bergamba dulu

bergamba lagiii..dasar mak2 seratus kali snap pon takpe hahaha
OK dah siap bergambar dekat pintu masuk tu kami pun bergerak lah ke station pertama iaitu station turtle dan tortoise..kura-kura gergasi dorang letak dekat tepi2 jalan je..memang tak duduk dalam kandang..korang boleh selfie dan pegang bila2 masa je..dekat sini petugas akan beri korang kangkung untuk diberikan pada kura-kura gergasi kat situ..PERCUMA jer tak perlu bayar..cara nya bila dia dah gigit kangkung tu korang kena lepas..kalau tak lepas aku risau dia ngap sekali dengan tangan korang..satu hal pula nak tunggu guruh bunyi HAHAHAHA

kura-kura gergasi..bagi dia makan kangkung..makanan ni free je fitc bagi..anak2 sangat teruja..mana tak teruja..bapak besar kura-kura umur 35 tahun..lama dah hidup dia..aku pun belum lahir, dia dah lahir dulu..KAH!

tuan blog harus nak jugakk..haha ade kura2 yang ni kan aku syak dia takut tau..sebab hari kami pergi tu ramai sangat orang..kejap dia keluar kepala, kejap dia masuk balik kepala dia..laju2 tau dia buat gitu..kesian aku tengok..huhu

Dalam 15 kami dekat station turtle dan turtoise kami bergerak pula ke station seterusnya iaitu station Free-flight Bird Aviary..kat sini macam2 jenis burung boleh tengok tau..burung merak, burung merpati..burung2 kat sini di jaga dengan baik, tu yang cantik je bulu2 dia..tengok itik berenang2 dalam kolam..seronok tengok gelagat binatang kat sini..





anak2 nak bergambar dengan burung2..kak incess nak bagi makan burung..mak lupa pula nak beli makanan nye haha

Tempat ni bersih sangat tau..korang jangan risau setiap station ada sediakan sinki dan sabun untuk cuci tangan..jadi tak risau la anak2 dah pegang binatang boleh terus cuci tangan..Memang korang akan rasa berbaloi tau sebab anak2 tak sempat meragam pun dekat fitc ni tau..dorang sibuk belek setiap satu binatang kat sini..jadi jangan risau lah takkan ade adegan meragam atau pun bosan hahaha..Dalam 15 minit tengok burung kami bergerak ke station seterusnya..


ahmad ketakutan kambing lalu lalang je sebelah dia HAHAHA..korang datang nanti jangan lupa tau bawak makanan..memang jinak sangat kambing nya mintak makan haha

dapat tengok rusa secara dekat..kalau pergi zoo mana boleh pegang2 gini..dah la jinak sangat..takde la takut nak pegang kan..
jumpa ieza di tengah jalan kita bergamba dulu hahaha alhamdulillah hari kami pergi tu mendung dan kejap2 hujan renyai..takde la panas kan..

dusky wallabey..anak2 panggil kangaroo..haha bergaduh kat situ dengan budak2..balik aunty rara google betul la dia spesis kangaroo jugak..sepupu kangaroo la tu..sejenis haiwan2 yang hidup kat australia sana..
lama tau kat sini tengok dusky wallabey ni..spesis dusky ni kecik sikit dari kangaroo..

sang kancil ni jinak sangat!aku usap kepala dia diam je

swan..kat sini boleh jugak bagi ikan makan..kalau nak beli makanan ada dorang sediakan mashine makanan ikan..sediakan aje duit nya haha

anak ayam..jinak tauuu..boleh angkat dan pegang gitu je

terserampak khai dan ayu..selfie lagi!hai rasa macam retis pula HAHAHA

cantik sangat burung kakak tua ni..tengok bulu dia bersih je..jinak pulak tu..dia makan carrot tau..ada pengunjung lain bagi makan..ralit tengok..

jumpa pula ros anis dan dilah..ape lagi bergambar la HAHA

jumpa mimi bergambar lagi!aktiviti bergambar paling banyak hahahahahaa masa ni kami nak bergerak pulang dah..tengok muka masing2 puas hati!ahmad je nangis mintak dukung..dah letih jalan lah tu hahaha

otw nak keluar lalu kandang pony..tak sempat nak singgah lama2 sebab dah hujan..risau pulak anak2 demam..sempat lan sakat hannah dengan incess..macam ni lah pony betul..buruk macam ni warna dia..bukan warna warni macam dalam tv tu..disney tu tipu korang je HAHAHA.. diam je hannah dengan incess..tak percaya letewww..

geliii makkk..idak la mak nak peganggg hahaha pakcik asri pegang dengan incess..allah mak mau melompat kalau pegang..bila tengok gambar ni balik mesti ahmad cakap dia tak pegang, papa pegang..aku tanya dia kenapa tak pegang..dia jawab takutttt hahaha

bulu dia lembut je tauuu

nak balik terjumpa rina kat pintu masuk..selfie sekali haha

lepas ni rombongan ke mana pulak *____*

Sedikit info harga tiket dan masa beroperasi untuk korangg..

Entrance Rates:
Normal Rate : Adult RM55.00 Child RM45.00
MYKAD Rate : Adult RM37.00 Child RM30.00
*Child denotes below 11y/o*Child 90cm below FOC

Operating Hours:
Weekdays: 10:00am-6:00pm
Weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday,
excluding Public holiday & school holiday.

Address:
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.


Korang kena pergi tau berbaloii sangat untuk anak2..OK lah jumpa lagi di next entry ok!
BAI!

4 comments:

safurara said...

Melakaaaa. Hahaha

Ann Ishak said...

kagum la sri kembangan ada zoo :D

umie shahidah said...

Yeayyy gmbr aku byk..hahahaha

Hamelia Hamid said...

dtg lambat..x sempat nk kenal ngan anez huhu..